”Bunyi kayu diheret di grill tingkap,” Malam Pertama ‘Hantar Menantu’ Pengantin Baru ‘Diganggu’

Seperti yang kita tahu, pengantin baru selalu disajikan dengan cerita-cerita keindahan pada malam pertama yang merupakan kebiasaan di awal perkahwinan.

Walau bagaimanapun, berbeza pula situasinya seperti satu kisah yang menurut adat di mana menantu perlu dihantar ke rumah mertua terlebih dahulu.

Kejadian pelik bermula apabila kehadiran keluarga mertua ke rumah besan ketika adat ‘hantar menantu’ disertai dengan gangguan aneh.

Kewujudan makhluk halus di sekeliling kita tidk boleh disangkalkan kerana ‘mereka’ ini juga merupakan ciptaan Allah jadi kita harus percaya akan keberadaan mereka.

Kadangkala kita boleh merasa kewujudan mereka, terdengar bunyi, ternampak kelibat, namun dalam masa yang sama makhluk halus ini juga berupaya menjelma dalam satu bentuk yang sangat menyeramkan.

Menerusi perkongsian di Group Facebook Kelab Cerita Hantu Malaysia, Firdaus Afandi berkongsi pengalaman yang dilaluinya.

Hantar Menantu

Ikut adat belah Kelantan, lepas nikah tak boleh bawa bini terus, kena hantar menantu dulu. Jadi saya ikutkan sajalah.

Dari Gomuse (Gua Musang) naik ke Cameron Highland, tembus le ke Tapah, teruslah ke kampung saya. Jadi keluarga mertua saya ni kira jadi tetamu atau orang baru di kampung saya. Takda majlis-majlis pun, cuma santai-santai antara dua keluarga.

Malam tu, keluarga mertua tidur la di ruang tamu dan adik ipar hat laki sorang ni tidur di bilik ketiga, bilik yang jarang digunakan. Guna pun bila adik-beradik saya balik kampung je.

Dia bagi salam perkenalan la katakan! Dipendekkan cerita, malam tu terjadinya dua kejadian mistik yang tak berapa teruk.

‘Dia’ goncang katil dengan kuat

Katil yang adik ipar gunakan digoncang dengan kuat sehingga adik ipar terjaga dari tidur. Dengan muka terpinga-pinga, dia bangun dan berpindah tidur di ruang tamu bersama mak dan ayahnya.

Baru hendak melelapkan mata, diganggu pula dengan bunyi ketukan gril tingkap di ruang tamu.

Heret kayu di grill tingkap

Bunyi seperti orang heret kayu di gril tingkap, dari bahagian hujung ke hujung tingkap dan mengejutkan kedua orang tua mertua saya.

Cuma mereka buat tak tahu saja dan melelapkan mata tanpa hiraukan bunyi gangguan tu.

Terlihat bayangan lembaga

Ikut sejarah belah gril tingkap tu, sebelahnya dusun durian dan semak-samun. Kakak saya pernah terlihat bayangan lembaga dari tingkap tu.

Adik saya pula pernah diganggu ketika dia tinggal berseorangan (semasa) kedua orang tua saya menginap di rumah pakcik saya di Ipoh.

Malam kejadian tu, adik yang cuma sedang tidur di ruang tamu sambil menonton TV. Kemudian terdengar bunyi kucing mengiau.

“Ngiaauu..”

“Ngiaauu….”

Namun disebab di kampung memang rajin bela kucing buangan orang, jadi adik abaikan jelah bunyi tersebut.

Sementara Leka adik menonton TV, baru dia terfikir yang kucing tak pernah lepak belah dusun pada waktu malam.

Biasanya diorang lepak di ruang berandar menghadap sawah padi. Lepas adik terfikir pasal kucing, secara tiba-tiba bunyi kucing tu bertukar menjadi bunyi bayi menangis kuat.

“Nguekk…”

“Ngueekkkk!”

Dalam berani adik, ada juga gerunnya. Jadi, diselubunglah seluruh badan dengan selimut sambil tekup telinga dengan bantal..

Rata-rata netizen memberikan respon yang pelbagai terhadap cerita lelaki ini. Ada yang menganggap ianya merupakan salam perkenalan buat orang baru.