Mungkin Dendam Dibaling Selipar, Nombor Plat Kereta Ini Dicuri Monyet Sebanyak 7 Kali

Monyet merupakan sejenis hidupan liar yang mana kebanyakan spesiesnya aktif pada waktu siang.

Pada umumnya monyet disifatkan sebagai cerdas, terutamanya yang hidup di Dunia Lama. Ada juga yang mngatakan ia mempunyai sifat seperti manusia akan tetapi haiwan ini adalah sejenis haiwan yang nakal dan suka menggangu orang lebih-lebih lagi apbila ia lapar.

Baru-baru ini, satu rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) yang dimuat naik oleh seorang wanita memaparkan seekor monyet sedang mencabut nombor plat sebuah Proton Saga miliknya di depan rumah telah menarik perhatian netizen.

Pemilik kereta itu menjelaskan bahawa ini bukan kali pertama nombor plat kenderaan beliau dicuri oleh monyet berkenaan.

Rakaman CCTV yang wanita itu kongsikan di laman TikTok miliknya adalah kali ketujuh monyet itu mencuri nombor plat kereta miliknya.

Rata-rata netizen terhibur melihat gelagat monyet itu bersungguh-sungguh mencabut nombor plat kereta walaupun ia tidak memberikan apa-apa manfaat kepada dirinya.

Malah ada juga netizen yang berkongsi pelbagai teori yang mencuit hati menerusi ruangan komen dengan bertanya mengapa monyet tersebut tetap ‘istiqamah’ berbuat sedemikian berkali-kali tanpa ada perasaan serba salah.

Dalam pada itu, pemilik Proton Saga itu tampil menjelaskan bahawa sebelum ini beliau pernah membaling selipar sehingga terkena kepala monyet itu.

Mungkin kerana sebab itu juga, monyet berkenaan masih lagi menyimpan dendam terhadap dirinya dan sanggup mencuri nombor plat keretanya sehingga tujuh kali.

Menurut wanita itu lagi, dia pernah diketawakan oleh anggota polis ketika mendengar penjelasannya apabila beliau menjelaskan bahawa nombor plat keretanya hilang kerana dicuri monyet ketika ditahan di sekatan jalan raya.

Apa-apa pun, semoga wanita yang juga pemilik Proton Saga dapat mencari initiatif lain bagi menbendung perkara itu dari Cik monyet serta mereka dapat berdamai dan mencapai kata sepakat supaya kes kecurian nombor plat kereta seperti ini tidak lagi berlaku pada masa hadapan.

Video tular di Tiktok

“Dah 7 kali dia curi no plate kereta, jumpa serpihan2 dekat hutan belakang”

@hhtysmDah 7 kali dia curi no plate kereta, jumpa serpihan2 dekat hutan belakang 🤦🏻‍♀️🤦🏻‍♀️ ##monkey ##fypシ ##fypdongggggggg ##monkey ##fypgakni♬ original sound – W