“Siapa gelak dosa,” Lelaki Kongsi Keadaan Rakan Lepas Disengat Tebuan Buat Netizen Berdekah

Tebuan merupakan sejenis serangga terbang yang mempunyai sengat yang menyakitkan dan boleh membawa maut jika ianya serius.

Lagi-lagi kalau kena dengan tebuan tanah kerana jenis tebuan ni memang sangat bahaya sebab dekat penyengat tu ada racun dan sakitnya bukan kepalang.

Sebab tu kita selalu dengar peribahasa ‘jangan di jolok sarang tebuan’. Memang cari nahas kalau saja-saja kacau atau tak sengaja terlanggar sarang tebuan.

Sama seperti sebuah kisah yang tular ini dimana seorang lelaki disengat tebuan sehingga mengubah rupa mukanya mencuri perhatian ramai.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ibnunaim, pemilik video berkongsikan keadaan rakannya itu selepas disengat tebuan semasa bekerja.

Dapat juga kita lihat bentuk mukanya yang membengkak sehingga menyebabkan matanya sepet malah dalam masa yang sama lelaki itu turut sama menahan ketawanya apabila keadaan mukanya itu mencuit hati yang lain

Video yang tular di laman TikTok:

@ibnunaimkena tebuan 🤣🤣🤣♬ Oh no, oh no, oh no, no no – Hip Hop

@ibnunaim Reply to @syafiq_hamzah ♬ original sound – Muhammad Najmi Maham

@ibnunaim Reply to @chikyaamat ♬ Paro Paro G – Remix – Dj Sandy

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 215.9K tontonan, 11.9K tanda suka, 555 komen dan 366 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat mukanya yang membengkak gara-gara disengat tebuan sehinggakan matanya berubah sepet

Namun dalam masa yang sama, para netizen turut memuji kegigihan lelaki itu yang masih lagi meneruskan kerjanya walaupun dia tahu dia akan menjadii mangsa usikan rakan-rakan lain di tempat kerja.

Antara komen warga maya:

“Kenapa lah keluar fyp time saya tengah makan ni.”

“Kena tebuan pun boleh buat kerja lagi. Kira steady lah bro…”

“Aku tengok pun gelak. Muka macam Shinchan.”


“Macam pelakon orkestra jepun.”