Viral
“Apa hak cikgu?” Tindakan Guru Bakar Telefon Murid Cetus Perdebatan Warga Maya

Setiap tempat yang kita pergi pastinya mempunyai undang-undang mereka tersendiri walhal dalam rumah kita sendiri ada undang-undang yang ditetapkan oleh ibu bapa bagi mendidik kitamenjadi insan yang berguna.
Begitu jugalah di sekolah, murid-murid wajib mengikut peraturan sekolah yang telah ditetapkan demi melahirkan sikap disiplin di kalangan pelajar.
Siapa sahaja yang ingkar, pasti akan dikenakan tindakan tata tertib bagi ‘mengajar’ mereka yang melakukan kesilapan seperti rotan, gantung sekolah, bersihkan kawasan sekolah, bacaan yassin, solat sunat berjemaah, dibotakkan rambut jika berambut panjang dan sebagainya.
Namun lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang guru bertindak membakar telefon bimbit dipercayai milik anak murid di sebuah sekolah yang tidak dipastikan lokasinya mencuri perhatian ramai.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Twitter iaitu @theonlyizzah, memaparkan dua orang guru ‘selamba’ mencampakkan beberapa buah telefon bimbit ke dalam api yang marak.
Tidak dinafikan, perkara tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warga netizen kerana disifatkan sangat melampaui batas meskipun niat untuk memberi pengajaran kepada murid.
“Tak boleh bayang family yang kurang senang, mak bapak susah payah kumpul duit belikan anak fon untuk belajar, last-last macam ni. Ikutkan memang pelajar tu salah tapi ni bukan solution dia”- netizen.
Video yang tular di laman Twitter:
Kalau cikgu aku rampas phone and dia bakar camni, esok kau tengok dia bangun kereta dia aku buat mural guna kunci. pic.twitter.com/iLGuWm36BT
— izzy wizzy. (@theonlyizzah) February 20, 2022
Video ini nyata mencetuskan perdebatan antara warga maya dimana ada yang berpendapat bahawa penggunaan telefon bimbit untuk pelajar di sekolah kini adalah satu keperluan dan para guru tidak mempunyai hak untuk menghapuskan barang peribadi anak didik mereka di sekolah.
Namun dalam masa yang sama, ada juga warganet yang menyokong tindakan yang dilakukan oleh guru tersebut dan menyalahkan ibu bapa kerana tidak pandai mendidik anak-anak sehinggakan anak-anak ingkar dengan peraturan sekolah.
Berikut merupkan reaksi warga netizen:
rampas bleh tahan lagi bang. tapi ni dia g bako die ingat die tu ad hak ke nk buat ape-ape kat phone org? harta org jangan buat main
— amaliya amalina (@AmaliyAmalina) February 21, 2022
Bagus lah buat mcmtu..sebab tak ikut arahan..cikgu dah bagi arahan jangan bawak phone…
— Aiman Ahmad (@AimanAh95571472) February 21, 2022
Aku ok je tengok macam ni. Dah tu memang tugas dia. Siapa suruh bebal, tak dengar cakap. Semua salah cikgu jeee. Jadi murid tu tak salah?!! MAK BAPAK DIA TAK SALAH! Pembelajaran terbaik adalah bermula dari rumah. Bererti mak bapak dialah yg patut dipersalahkan.
— girlz (@SpyGirl4man) February 21, 2022
Tak bleh imagine yg family yg kurang senang, mak bapak susah payah kumpul duit belikan anak fon utk belajar, last2 mcm ni 🥺 on the other side maybe pelajar tu salah, tp ni bukan solution dia 😥
— SfyhMstf (@thesilencewords) February 21, 2022
this is soo wrong. kalau phone is prohibited kat sekolah, just rampas then pegang. apa hak untuk bakar macam ni, salah lah.
there are tonnes of reasons why parents bagi phone pada anak diorang kat boarding school. emergency, balik kampung naik bas. 🤦
— nomnomnom (@heiapeni) February 20, 2022
Terpaling cikgu. Atas alasan nk beri pengajaran. The only pengajaran yg kau bagi kat anak-anak ni adalah dendam dan rasa tak puas hati.
— liyana syairah (@yanasyairah) February 21, 2022
Bestnya kalau ada siapa2 yg mulakan saman sivil dekat cikgu2 ni utk tuntutan semula bayaran handphone. Tak ada klausa mana2 kan sblm ni, antara mak bapak dengan cikgu yg membenarkan hp ni dibakar dan dimusnahkan. Yg ada cuma dirampas.
— Johnnys (@johnnabes) February 21, 2022
sistem gagal. phone zaman skrg adalah keperluan.
patut diajar how optimise penggunaan phone disekolah…
sampai bile diorg nk ckp phone ni melalaikan/buat student hilang fokus bagai..
should ajar etika penggunaan phone instead..— Helmi🆗 (@RikutaRinki) February 21, 2022
"No need to sour-sour, absolutely correction!!" Mak Lailerss

You may like
Popular

Tak Cukup Duit Nak Beli Nasi, Abang Kantin Belanja & Siap Ajar Cara Ambil Duit Baki Raih Perhatian Ramai

Disangka Cikgu Pendidikan Jasmani, Rupanya Si Bapa Tak Nak Jauh Dari Anak Sanggup Jadi Tukang Kebun!

“Ampun dosa mak ya” Ibu Beri Kata-Kata Sebelum Berangkat Umrah, Anak Luah ‘Tak Kuat’ Tahan Air Mata

“Tak pilih kerja, janji halal” Bapa Usaha Keras Demi Anak, Kutip Sampah Cari Duit Bayar Yuran Sekolah Agama RM500

Bapa Jemput Anak Balik Sekolah, Terkejut Rambut ‘Tumbuh’ Depan Tudung Terus Buat Ramai Dekah!
