“Lain kali periksa dulu sebelum turun” Pemuda Tertukar Beg Di Jeti, ‘Jodoh’ Garang Selamba Sound Buat Netizen Terhibur

Setiap orang pasti pernah mempunyai pengalaman atau pernah mengalami kejadian yang memalukan yang pernah terjadi dalam hidupnya.

Sehingga ada sesetengah hal yang sampai tidak boleh di lKpakan seumur hidupnya.

Selalunya insiden memalukan ini berlaku tanpa disengajakan dan terkadang pengalaman pahit itu boleh berubah menjadi pengalaman manis yang akan kita kenang sehingga ke akhir usia.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana pemuda yang juga meruakan pelajar Politeknik Pauh ini tertukar bag bagasi ketika bercuti bersama rakan-raaknnya di Langkawi Kedah mencuri perhatian ramai.

Manakan tidak, kebanyakan beg yang berada di pasaran bukanlah bersifat eksklusif dan apabila ia bercampur aduk, ada kalanya pemilik akan terlepas pandang dan tidak perasan.

Memetik laporan mStar, Danish Zayn, 22, berkata, kejadian pada 26 Januari lalu terjadi kerana mereka tergesa-gesa untuk mendapatkan kereta sewa selepas turun dari feri di Pekan Kuah, Langkawi.

“Saya dengan kawan, Amar Sayuthi yang tertukar beg tu bagi bagasi pada penjaga di atas feri. Kami sama-sama nampak yang beg kami diletakkan bertindih atas bawah.”

“Masa tu kami dari jeti Kuala Perlis, sampai dalam pukul 7.30 malam. Sampai tu dah lambat lepas tu nak ambil kereta sewa lagi dan kena check-in resort, perut pun dah lapar.”

“Bila dah sampai dekat jeti Langkawi kami pun turun awal sebab ingatkan beg kami ada di atas, tapi rupa-rupanya dah diubah ke bawah sekali.”

“Beg saya ada bawah dan saya nampak ada beg serupa macam bagasi Amar di atas beg saya. Kami ambil sebab awal tu dah nampak penjaga feri letak beg kami sekali.”

“Jadi dia pun ambil, kami pun tak terfikir nak periksa sebelum turun feri. Lepas tu kami check-in dan letak beg sebab nak pergi makan dan lepak kat Pantai Chenang, dalam pukul 10.30 malam baru balik resort.”

“Kami semua memang excited nak mandi kolam, balik tu Amar tengok beg dia terkunci. Dia pun hairan sebab beg dia memang tak kunci,” cerita anak kelahiran Perlis itu sambil ketawa apabila terkenang situasi yang berlaku kepada rakannya.

Menurut pemuda itu, Amar terus menelefon keluarga dan meminta password kerana bagasi yang digunakan itu milik adiknya.

“Adik dia cakap tak tahu sebab tempat kunci beg memang dah rosak. Masa tu, kami masih tak sangka lagi beg tertukar, jadi kami cuba tarik zip di sebelah atas… boleh terbuka sikit.”

“Kami tarik pakaian yang ada dan nampak seluar tidur bercorak,” ujarnya yang turut meyakinkan Amar bahawa beg sudah tertukar.”

Ujarnya, dalam pukul 1.30 pagi itu, Amar terima mesej di WhatsApp mengatakan dia pemilik bagasi yang tertukar.

“Beg tertukar tu memang sama warna dan jenama. Pemilik dia perempuan berusia 19 tahun dan dia juga pelajar Politeknik Pauh. Masa jumpa nak tukar beg tu, dia macam tegas sikit la cakap ‘lain kali sebelum turun feri check dulu beg’.”

“Dia pun baru balik Langkawi lepas habis final exam. Kami pula akan konvo diploma pada bulan Mac nanti, saya jurusan Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi) manakala Amar pelajar Teknologi Maklumat (Teknologi Digital)”

“Amar pun terpaksa pinjam baju dan kain pelikat kawan masa nak hantar beg tu,” jelasnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@danishzayn123 tlg viralkan member tertukar beg dekat ferry kuala perlis ke langkawi 6:30 ptg 26/1/2022 #foryoupage #fypシ゚viral ♬ Sisa Rasa – Mahalini

Selepas kejadian lucu itu, Danish memberitahu, dia dan rakan-rakan yang lain sering mengusik Amar dengan mengatakan pemilik beg yang dijumpai adalah jodohnya.

Pun Begitu, Amir merupakan seorang yang pemalu dan dak menghubungi pemilik bagasi berkenaan selepas kejadian tersebut.

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.5K tontonan, 88K tanda suka, 825 komen dan 532 perkongsian di applikasi TikTok.