“Kita buat² tak nampak je” Shuib ‘Marah’ Suruh Hormat Bulan Puasa, Tapi Ada ‘Sesuatu’ Di Bibir Buat Ramai Terhibur

Siapa tak kenal dengan pelawak tanah air iaitu Shuib yang sering membuatkan kita tak kering gusi melihatnya.

Jika diimbas kembali satu ketika dahulu, ada sahaja idea spontannya semasa berada di dalam kumpulan Sepahtu.

Sehingga kini, perangai suka menghiburkan orang masih ada dalam dirinya menjadikannya insan yang disenangi ramai.

Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini dimana Shuib kelihatan ‘marah’ dan meminta netizen hormat bulan puasa apabila ada yang minta dia membuktikan dirinya orang kampung.


Menerusi video yang dimuat baik sendiri olehnya di laman TikTok @Shuibsepahtu, dia meluahkan rasa tidak puas hati apabila ada segelintir warga maya yang menyuruhnya untuk makan nasi di tengahari di bulan puasa.

Berang dengan perkara itu, dia menyuruh rakannya untuk merakam dirinya yang ingin memberikan pesanan kepada orang ramai agar lebih menghormati bulan ramadhan.

Pun begitu, apa yang lebih melucukan adalah dalam pada dia ‘rancak’ memberikan nasihat,
dapat kita lihat ada sebutir nasi berasa di bahagian tepi bibirnya.

Ada sahaja idea so shuib ni, kalau tak kelakar bukan dia lah! Ada orang kata perangai kelakar dia ni bakal diwarisi pada anaknya, Matin. Like father, like son lah ka? Hehehe

Video yang tular di laman TikTok:

@shuibsepahtu Tolong hormat orang puasa!!!!! Boleh tak!!! #VIRAL #TakPuasa #Puasa #Ramadhan #ParitHajiAmin #AkuAnakBanjar @shafiqabuuu ♬ original sound – Shuib Sepahtu

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 1.1M tontonan, 135.9K tanda suka, 2152 komen dan 820 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat shuib yang sakan memberi nasihat namun dibibirnya ada sebutir nasi.

Berikut merupakan komen warga maya:

“takkan nasi je kat mulut.. alang2 letak lolipop  kat mulut..”

“betul bang.. jarang nampak jerawat putih tepi bibir macam tu.. panjang pula tu..”

“ib..nasik ib naikkkkk kat mulut.. nak marah tapi kena sabar”