“Menyusahkan!” Terpaksa Angkat Kereta ‘Berjemaah’ Gara2 Owner Viva Double Parking & Tarik Handbrake

Masalah parking kereta sudah jadi kebiasaan terutama penduduk dikawasan bandar. Kereta jiran parking depan pintu pagar atau double parking sememangnya satu perkara yang sangat menyakitkan hati apatah lagi jika kita memang ada emergency dan perlu menunggu mereka untuk mengalihkan kereta.

Kalau diletakkan nombor telefon untuk dihubungi tak apa, tapi bagaimana jika dia parking tanpa izin, tidak meninggalkan nombor telefon dan tidak menurunkan hand brake?

Persis dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana kereta lelaki ini di block oleh sebuah kereta viva yang tidak menurunkan hand brake mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @dakseha, pada awalnya lelaki ini bertindak untuk membunyikan hon supaya pemandu kereta viva itu datang mengalihkan kenderaan.

“Owner viva ni kira beruntung lagi orang kat sini tak pecahkan tingkap dia” ujarnya.

Pun begitu, ‘owner’ tetap tidak nampak batang hidung dan dapat kita lihat beberapa orang awam datang untuk membantu lelakitersebut dek kerana lama terkandas di situ.

Mereka yang terdiri daripada 5 orang lelaki termasuk seorang pemandu motorsikal berhenti dan saling membantu untuk menolak kereta viva tersebut beramai-ramai.

Video yang tular di laman TikTok:

Swipe ke kanan untuk video

 

View this post on Instagram

 

A post shared by YOY Network (@yoynetwork)

@daksehatrima kasih yg membantu brother ni. kesian dia tersadai lama♬ ANGEL BABY X ANGEL BABY – sadvibes🥀

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut meraih 58.6K tontonan, 1102 tanda suka, 117 komen dan 28 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meluahkan rasa geram dengan sikap pemandu kereta viva tersebut yang dilihat sangat mementingkan diri sendiri dan seolah-olah tidak memikirkan orang lain.

Dalam masa yang sama, para netizen juga berharap agar isu seperti inin tidak berulag lagi kerana risau jika ada kecemasan yang memerlukan kita untuk cepat tetapi kereta di sekat dengan kereta lain yang parkir.

Berikut merupakan komen warga maya:

“Situ bukit sikit, da pernah ada orang letak batu tapi lupa selit balik, or tak tahu la sape tarik batu. Kereta menggelongsor kena kereta lain pecah lampu.”

“Dulu pernah jadi kes macam i kat rumah aku kereta mercedes baru. Blok jalan parking 4 tayar pecah 4 tingkap depan belakang kiri kanan pecah,”


“Hari tu kena jugak dengan no tel x angkat, tup tup nampak orang majlis lalu tahan la orang majlis dapat la saman, geram je aku jenis pentingkan diri sendiri.”

Jom follow kami di Telegram, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita dan artikel-artikel menarik di YOY Network.

Sebelum ini pernah juga terjadi kisah yang lebih kurang sama dimana seorang jiran selamba meletakkan kenderaan di hadapan rumah jiran yang lain tanpa meminta izin mencuri perhatian ramai.

Manakan tidak, kalau sekejap tak apa, tapi kalau lama tu yang jadi masalah kerana mengganggu bukan sahaja daripada segi pandangan malah jika ada emergency, sukar untuk kita keluarkan kereta kerana adanya kereta dia di hadapan rumah. Satu kerja pula nak kena memanggil ‘owner’ kereta untuk mengalihkan kenderaan.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok @queen_mekarsari88, memaparkan gelagat suaminya yang ‘hilang sabar’ dengan situasi tersebut.

Dapat kita lihat, suami kepada wanita ini meletakkan satu tong berwarna putih yang tertulis “Untuk dijual Rm 800.00, percuma pam racun” di atas bumbung kereta tersebut seperti yang sering dilakukan oleh penjual kereta jika hendak menjual kereta terpakai.

“POV: Bila laki hang buat gila.. geram dengan perangai jiran yang suka parking depan rumah orang suka hatu” katanya di ruangan kapsyen.

Menerusi satu lagi video lain, kelihatan kereta tersebut telah pun dialihkan seejurus tuan empunya kereta itu menyedari perkara tersebut dan tong putih itu hanya dicampakkan di tengah jalan sahaja.

Video yang tular di laman TikTok:

@queen_mekarsari88 bila mai pala gila @saudagar868 adoiii peningggggg #fyp #habuannnlaaaaa #peningggggg ♬ Pamela – Bots🇵🇭

@queen_mekarsari88 Balas kepada @zuera37 ♬ Funny Song – Cavendish Music

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 362.7K tontonan, 11.5K tanda suka, 555 komen, 426 perkongsian di applikasi TikTok.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur dengan ‘idea’ suami kepada wanita ini yang ingin mengajar mereka yang selamba meletakkan kenderaan di hadapan rumah orang lain.

Malah dalam masa yang sama para netizen juga akui puas melihat telatah owner kereta berkenaan yang akhirnya mengubah kenderaan kerana ‘takut’ keretanya dijual.

“Bagussss. puas hati.. dah tahu duduk rumah taman kereta ada 3,4 semua nak [arking depan rumah, sampai rumah jiran pun dia rembat” ujar seorang pengguna TikTok.

“duduk rumah kos rendah tapi sibuk nak pakai kereta 3-4 biji lepastu takde parking.. parking depan rumah orang” tulis warga maya.

“Jiran saya pun selalu park betul2 depan pagar. Nak keluar masuk kereta susah sangat. Benda gini pun tak boleh fikir… nyusahkan orang” kata seorang warganet.