“Meja makan tepi tandas, lobi” Buffet Ramadan Hotel Mewah ‘Indah Khabar Dari Rupa’ Buat Netizen Berang

Bila menjelang bulan Ramadhan, pasti ramai yang memilih untuk makan secara buffet dan banyak juga kedai makan atau hotel yang menawarkan harga promosi dan sebagainya.

Banyak juga hotel yang bertaraf 4-5 bintang mengadakan program berbuka puasa ala buffet dengan harga mampu bayar kerana kadar permintaan yang tinggi.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana buffet ramadhan yang diadakan di sebuah hotel mewah di Putrajaya hanyalah ‘indah khabar dari rupa’ mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ShitaShaiful, kelihatan ramai pelanggan masih menunggu untuk mendapatkan meja meskipun sudah masuk waktu berbuka.

Bukan sahaja susun atur meja yang berselerak sehingga ada meja yang disusun di sebelah eskulator, toilet dan tepi kaunter bayaran malah pihak hotel juga membuat kerja dengan sambil lewa sahaja.

“Bayar harga kayangan tapi dapat Buffet iftar macam ni.. jaga laluan orang naik turun lif..crowded and confirm SOP kelaut dalam.. pihak pengurusan hanya fikir nak kaut untung sahaja..tak serupa hotel berbintang-bintang” ujar nya

Difahamkan, buffet Ramadan yang ditawarkan hotel berkenaan juga agak mahal iaitu sekitar RM188.

Video yang tular di laman TikTok:

@shitashaiful Bayar harga kayangan tapi dapat Buffet Iftar mcm ni.. jaga laluan org naik turun lif.. crowded n kompom SOP kelaut dalam😤#masukberanda #foryoupage ♬ original sound – Shita Shaiful

@shitashaiful Bila pihak pengurusan hanya fikir nk kaut untung saja.. ni kompom x ikut SOP dah. Terlalu crowded sgt.. penuh meja sampai ke depan pintu masuk lobby.. x serupa hotel berbintang2😡#masukberanda #foryoupage ♬ original sound – Shita Shaiful

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 173.8K tontonan, 2303 tanda suka, 533 komen dan 340 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut berang dengan pengurusan hotel yang tidak bagus sehingga menyusahkan ramai pihak apatah lagi bagi mereka yang berpuasa.

Dalam masa yang sama, ada juga netizen yang beranggapan bahawa hotel mewah tersebut seolah-olah tiada ‘kelas’ kerana terlalu crowded seperti kedai biasa.

Antara komen warga maya: