Sentiasa Bantu Isteri Dalam Pantang, Dr Say Tak Berkira Janji Isteri Sentiasa Tenang

Bukan mudah untuk menguruskan anak yang masih kecil lebih-lebih lagi bagi pasangan yang pertama kali menjadi ibu bapa.

Jika tiada bantuan dan kerjasama dari suami, pasti akan membuatkan si ibu agak tertekan.

Bagi Dr. Say, ini merupakan kali pertama bagi dirinya dan isteri menimang cahaya mata dan tentunya cabarannya sangat tinggi.

Menerusi satu posting di laman Instagram, Dr. Say berkongsi bagaimana kehidupan mereka selepas bergelar ibu bapa.

Topik : Parenting Dan Perubatan Berbeza Gila

Mungkin rami yg berfikiran “alaa korg sure senang jaga baby sb korg berdua kan doktor”. Well peeps, kami xdiajar langsung on how to handle a baby masa kami belajar medic dlu.

Yg kami diajar, perkembangan, imunisasi, ape yg perlu dilakukan kalau baby kuning/ demam/ sawan & benda2 perubatan berkaitan baby.

Xde dlm text book kami mengenai cmne nk bagi baby snang tidur/ cmne nk atasi baby perut kembung/ cmne nk kekal tenang bile baby meragam.

Maka semua perkara berkaitan baby ni agak asing bagi kami.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Kadang2 sy lihat bini sy breakdown bile baby meragam, yelah dh la bini sakit kena operate pastu ni baby pertama kami so agak clueless on what to do.

Tak hairan wujud disorder bernama Postpartum Depression. Kami xdak maid & xduduk skali ngn mak/ mak mertua, maka time ni lah suami memainkan peranan penting.

Bukan nk angkat bakul, tp sy cuba ringankan beban bini kt mane yg patut. Bile bini tgh menyusu, sy sediakan segelas air/ susu tuk dia.

Bila bini nk pam susu, sy sediakan alat2 pam & cuci afterwards. Bila baby meragam sy tapau kendong bwk dia jnjln supaya bini bley rest.

Baca: “Berjurai air mata bini” Dr Say ‘Terduduk’ Bil Bersalin Cecah RM20 Ribu, Ini Punca Sebenar

Tp sy xlah perfect mana sb lately tido mlm sy cukup 7jam, sy ingat baby skng bagus xbangun mlm dh, rupa2ny bini saja xmau kejutkn sy yg tidoq mati.

Kesimpulan cerpen ni, parenting takes two to tango & noone in the world is perfect in handling babies walaupun parents tu dh ade 10 anak cz each baby behave differently.

Maka sekiranya parents kt luar sane yg anxious & overwhelmed dgn kehadiran baby baru, it’s OKAY.

Yg penting keep ur calm & work together with ur partner cz tanpa disedari si kecil akan membesar dgn pesat sehinggakan kite rindu waktu dia masih bergelar si kecil.

P.S : Bakal tido luaq sy mlm ni kalau bini tau sy up gmba dia tidoq, tp gmba depa berdua tidoq kt sy ni bg sy kepuasan yg tidak ternilai harganya

__________

Semoga apa yang dilakukan oleh Dr Say ini dapat menjadi contoh tauladan terutama buat bakal bapa di luar sana.