“Berjurai air mata bini” Dr Say ‘Terduduk’ Bil Bersalin Cecah RM20 Ribu, Ini Punca Sebenar

Selebriti popular, Dr. Say atau nama sebenarnya Shazril Shaharuddin baru saja menerima kehadiran cahaya mata pertama bersama isterinya pada 5 Mei yang lepas.

Bagaimanapun Dr Say terkejut apabila mendapati jumlah bil hospital isterinya yang baru diterima semalam sangat tinggi

Dr. Say hampir terduduk apabila mendapati bil yang dikenakan mencecah RM20,000.

Pada mulanya Dr. Say membuat anggaran bil hospital sepatutnya dalam lingkungan RM10,000 hingga RM15,000 sahaja.

Baca: “Drive Viva 2010, Bini Tak Pernah Complain” Dr Say dan Isteri ‘Humble’, Isteri Pernah Eksiden Sebab..

Isterinya juga terkejut dan mengalirkan air mata kerana merasakan semua itu salahnya yang menyebabkan jumlah bil tersebut telalu banyak.

Dr. Say terpaksa menenangkan isterinya itu dengan mengatakan Rm20,000 inilah dia berjaya melahirkan anaknya dengan selamat.

“Setelah 4 hari warded, harini bini dan baby saya dibenarkan pulang. Bersalin di hospital swasta lagi-lagi operation caesarr, saya boleh agak-agak kosnya dalam RM10k-15k.

“Tapi bila jumlah bil sebenar dibisik ke telinga saya, terduduk saya dibuatnye bang. RM20k total.

“Saya jadi resah memikirkan bgaimana saya nk sampaikan nombor kepala 2 ni kepada bini.

“Bini start push tanya berape bil, saya tewas dengan desakannya dan dengan berat hati saya sampikan berita nombor kepala 2 tu kepadanya.

“Berjurai air mata bini, dirasakan nombor kepala 2 tu semua salahnye. Dirasakan dirinya tidak layak sehinggakan dia tak dapat melahirkan baby kami dengan cara normal.

“Saya tenangkan bini “unny cube fikir balik, dengan 20k ni lah u berjaya gave birth to something yang teramat mustahil untuk kite dapatkan.

“Moreover cube you bayangkan couples yang trying to get baby, buat IVF easily dah cost around 15k so bil kite all in 20k, is ok. Biniku berjaya ditenangkan,”

Dr. Say juga berpendapat duit boleh dicari tetapi kebahagiaan tidak boleh ditukar ganti dan sangat berharga.

 

View this post on Instagram

 

Topik : Duit Boleh Dicari, Kebahagiaan Tak Boleh Diganti . Setelah 4 hari warded, arini bini & baby sy dibenarkan pulang. Bersalin di hospital swasta lagi2 operation caesar, sy boleh agak2 kosnya yakni dlm RM10k-15k. Tapi bile jumlah bil sebenar dibisik ke telinga sy, terduduk sy dibuatnye bang. RM20k total. Sy jd resah memikirkan bgaimana sy nk sampaikan nombor kepala 2 ni kpd bini. Bini start pushy2 tnye brape bil, sy tewas dgn desakanny & dgn berat hati sy sampikan berita nombor kepala 2 tu kpdny. . Berjurai air mata bini, dirasakan nombor kepala 2 tu semua salahnye. Dirasakan dirinya tidak layak sehinggakan die xdpt melahirkan baby kami dgn cara normal. Sy tenangkan bini “unny cube fikir balik, dgn 20k ni lah u berjaya gave birth to something yg teramat mustahil tuk kite dptkn. Moreover cube u bygkan couples yg trying to get baby, buat IVF easily dh cost around 15k so bil kite all in 20k, is ok”. Biniku berjaya ditenangkan. . Mungkin ade yg berfikir, “tula sape suruh bersalin SJMC, tu hospital org2 berado je tu” tp given baby’s circumstance (tali pusat ketat di leher) & komplikasi bini previously (pernah operation explorative laparotomy for burst appendicitis), SJMC was d right place. Parents sy salu pesan, “don’t be a slave for money, cz money sentiasa boleh dicari” & btol ape kata parents sy, lepas kelahiran baby, rezeki dtg bersilih ganti. Ingat peeps, jgn sesekali kite berkira when it comes to wellbeing of our baby k?

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

Walaubagaimanapun, untuk mengelakkan salah faham netizen, Dr Say menerangkan terlebih dahulu sebab dan punca dia memilih hospital swasta.

“Mungkin ade yang berfikir, “tula siapa suruh bersalin SJMC, tu hospital orang-orang berada sahaja tu” tapi given baby’s circumstance (tali pusat ketat di leher) dan komplikasi bini previously (pernah operation explorative laparotomy for burst appendicitis), SJMC was the right place.

“Parents saya selalu pesan, “don’t be a slave for money, cause money sentiasa boleh dicari” dan betul ape kata parents saya, lepas kelahiran baby, rezeki datang bersilih ganti.

“Ingat peeps, jangan sesekali kite berkira when it comes to wellbeing of our baby k?”

Boleh dikatakan semua pengikut Instagramnya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr Say.

Mereka juga meninggalkan komen dengan mendoakan keluarga Dr Say sentiasa dilimpahi rezeki.