“Fatimah is crying with a broken heart” Lukisan Duka Fatimah Untuk Mamajee

Beberapa minggu lepas kita dikejutkan dengan pemergian chef selebriti Muhammad Adam ataupun lebih dikenali dengan nama Adamdidam akibat jangkitan kuman paru-paru.

Sudah tentu di antara yang terkesan dengan peninggalannya adalah keluarga Fatimah yang menetap di UK.

Allahyarham kerap muncul bersama Fatimah dan Ali yang selalu bersiaran melalui laman Instagram @!thefamily.uk

Terbaru, menerusi satu muat naik foto, Fatimah membuat satu lukisan khas untuk Mamajee yang telah meninggalkannya.

Menerusi kapsyen daripada ibu bapanya itu, Fatimah memberitahu “Mamaji is leaving, Fatimah crying with a broken heart.”

Fatimah drew this on Sunday, 14 Ramadhan 1440H – the day Mamajee passed away. She said “Mamajee is leaving…Fatimah is crying with a broken heart” 

Baca: “Hope Fatimah dan Ali kuat..” Video Throwback Arwah Adam dengan Fatimah dan Ali

No words could describe her feelings. I guess the drawing says it all. Please kindly keep Fatimah in your prayers. She’s still in the healing process.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Family UK 🇬🇧 (@thefamily.uk) on

Rata-rata netizen tidak dapat menahan sebak dan sedih apabila melihat lukisan tersebut.

Pastinya Fatimah dan Ali sangat merasakan pemergian Allahyarham yang sentiasa mengambil berat tentang mereka.

Beberapa hari selepas permergian Allahyarham, instagram @thefamily.uk telah membuat satu posting khas bagi menghargai Adamdidam.

Kesayangan kami…Muhammad Adam bin Mahamed Ismail. Terima kasih Allah atas pinjaman-Mu yang terlalu istimewa buat kami.

Sesungguhnya kami tidak kuat. Kami teramat rindu pada Adam. Tetapi kami redha kembalikan Adam pada-Mu kerana kami tahu Kau lebih menyayangi Adam lebih dari kami menyayanginya.

Terima kasih Allah kerana menjemput Adam untuk pulang pada-Mu di bulan yang mulia penuh barokah.

Di hari yang paling istimewa buat Adam – Ahad yang terakhir…

#SundayWithAdam @adamdidam
14 Ramadhan 1440

p/s: Terima kasih pada semua yang menghadiahkan Al-Fatihah & mendoakan Adam. Moga setiap doa anda semua Allah ganjarkan dengan pahala & kebaikan yang lebih besar & hebat…

 

View this post on Instagram

 

A post shared by The Family UK 🇬🇧 (@thefamily.uk) on