“Kalau apa2 jadi kat daddy Yusuf kena..” Pesanan Hairul Azreen Kepada Yusuf Buat Netizen Sebak

Siapa yang tak kenal dengan Yusuf Iskandar, anak kepada pasangan selebriti Hanis Zalikha da Hairul Azreen.

Malah Yusuf juga boleh digelar sebagai selebriti cilik dengan hampir 3 juta followers di laman Instagram milikinya.

Terbaru, menerusi satu muat naik di Instagram itu, pesanan ayahnya, Hairul Azreen buat Yusuf membuatkan para pengikutnya sebak.

Di dalam posting tersebut, Hairul berpesan supaya apabila dia tiada nanti, Yusuf perlu jaga adik, Jibu dan Mommy.

Baca: [VIDEO] “Peh Baca Doa Slang Mat Salleh” Netizen Kagum Yusuf Iskandar Baca Doa

Yusuf nanti bila dah boleh baca, Daddy just nak pesan Yusuf sebagai abg yang sulung, Yusuf kena jaga adik

kena jaga mommy, jaga si gemok Jibu, dengar cakap mommy!

Sebab kalau apa2 jadi kat daddy Yusuf kena ambil tanggungjawab itu, bila Yusuf rasa takut/sedih/tak tau nak buat apa, ada masalah , doa banyak2 pada Allah sebab itu yang kami selalu buat,

Sentiasa sebut benda yg baik2 sebab kata2 itu adalah doa yang melantun,
bak kata mommy 

jangan mudah give up , cuba yang terbaik, yang kita mampu sbb the best never rest,
Gambar ni pada 25/5/2019

hari ke dua selepas adik Alisa lahir,
masa ni first time Yusuf jumpa adik

Alhamdulillah atas kurniaan rezeki,kebahagiaan & umur yang panjang  Amin

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Yusuf Iskandar Hairul Azreen (@theyusufiskandar) on

Rata-rata netizen terkesan dengan pesanan itu dan ada yang merasa sedih dengan ucapan ayah Yusuf tersebut.

Sebelum ini Yusuf telah mendapat adik perempuan apabila ibunya, Hanis Zalikha selamat melahirkan cahaya mata kedua di sebuah pusat perubatan ibu kota pada pukul 5.59 petang Jumaat.

Berita gembira itu diumumkan Hairul menerusi akaun Instagramnya.

“Assalamualaikum saya dengan penuh rasa kesyukuran ingin berkongsi berita gembira. Di bulan Ramadan ini isteri saya Hanis selamat melahirkan cahaya mata perempuan kami, Alisa Aisyah Binti Hairul Azreen petang tadi 5.59 petang.”

“Dua-dua anak Daddy lahir hari Jumaat,” tulis Hairul yang turut berkongsi wajah puterinya.

Perkongsian Hairul Azreen itu dihujani ucapan tahniah dan doa daripada rakan selebriti dan peminat.