“Sembang..” Perkataan BM Lagi Pendek Dari BI, Cara Netizen Ajar Rhys Buat Ramai Terhibur

Terdapat pelbagai kelebihan bagi individu yang mempelajari lebih daripada satu bahasa. Tidak dinafikan, Bahasa Malaysia lebih ringkas berbanding Bahasa Inggeris namun kedua-keduanya juga mudah untuk dipelajari.

Sama juga seperti seorang ‘Mat Salleh’, Rhys William yang berasal dari United Kingdom dan kini menetap di Malaysia bertanyakan sebuah soalan cepumas di laman Twitter nyata mencuri perhatian netizen.

Rhys menerusi satu tweet meminta tolong 21 ribu pengikutnya untuk memberi lebih banyak contoh perkataan BM yang lebih pendek berbanding BI dengan niat untuk mempelajari bahasa ibunda kita dengan lebih mendalam.

Namun warga Twitter nyata tidak pernah mengecewakan dimana mereka ‘membantu’ Rhys dengan memberikan pelbagai contoh yang menarik.

Apa yang lebih mengundang dekah ramai adalah sebenarnya warga netizen langsung tidak membantu Rhys malah contoh-contoh yang diberikan nyata membuatkan orang ramai geli hati.

Berikut meruakan contoh yang diberikan dalam bentu bebenang:

“Tong ahhh”

“2 x 5”

“sembang..”

“terciduk”

“mimpi”

“Ha?” “Haaaa” “Hah?”

“KBAT”

“pape roger”

“amboi”

“ye?”

Okay ini yang peling tepat, ringkas dan padat! hahaha

Adoii sakit perut gelak, kalau korang nak layan lagi bebenang ni boleh klik disini.