Pinggan Sendiri Tak Terusik, Suami Suap Isteri Makan Jadi Perhatian

Acap kali kita dengar wanita diuji saat lelaki tidak mempunyai apa-apa dan lelaki diuji saat dia punya segala-galanya. Namun setakat mana tahap pemahaman kita tentang perkara tersebut?

Sehinggakan ada suami isteri mengambil langkah penceraian dek kerana tidak mahu ‘hidup susah’ bersama. Perkahwinan melibatkan ‘komitmen’ dan tidak sama seperti waktu bercinta dahulu. Takut hidup susah sama juga seperti tidak bersedia untuk melayari bahtera rumah tangga kerana dalam perkahwinan ada pasang surutnya.

Baru-baru ini tular sebuah video memaparkan seorang lelaki membuktikan bahawa ‘suami mithali’ itu masih wujud dimana dia menyuapkan makan kepada isterinya yang berkerusi roda mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @yanaar004, memaparkan seorang lelaki dan isterinya berada di sebuah restoren untuk menjamu selera.

Apa yang mengharukan adalah lelaki tersebut mengutamakan isterinya yang kelihatan kurang sihat dan tidak mampu menguruskan diri seperti orang biasa dengan menyuapkan makanan menggunakan tangannya.

Dapat kita lihat di dalam rakaman tersebut, makanan lelaki itu sendiri masih penuh dan tidak terusik kerana ingin ‘mengenyangkan’ perut isteri tercinta.

Menerusi sebuah lagi video lain, dia kelihatan membersihkan wajah isterinya daripada sisa makanan yang terbaki.

Dengan senyuman yang tak lekang dari wajah sang suami, nyata dapat kita lihat ‘keikhlasan’ nya dalam menguruskan isteri.

Video yang tular di laman TikTok:

@yanaar004Kasih sayang hingga ke syurga… Semoga Allah permudahkan urusan mereka ini.. Amin..##fyp ##foryoupage ##foryou

♬ Ya Allah – Wali

@yanaar004Kasih sayang hingga ke syurga…Semoga Allah permudahkan segala urusan pasangan ini..Amin2 yra…##fyp ##foryoupage ##foryourpage ##foryou

♬ Aisyah Istri Rasulullah – Syakir Daulay

Ketika artikel ini ditulis, video tersebt telah meraih 569.4K tontonan, 50.1K tanda suka, 1487 komen dan 2445 perkongsian di TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut sebak melihat video tersebut dan dalam masa yang sama para netizen juga kagum melihat ketabahan lelaki tersebut dalam menguruskan isterinya.

Berikut merupakan komen daripada warga maya:


Benar kata orang, bahagia itu sederhana dan tidak semestinya dengan wang ringgit. Semoga perhubungan mereka sebagai suami isteri kekal hingga ke Syurga Allah.