Selesa Jadi Diri Sendiri, Noh Selamba Catwalk Di KLFW2022 Dengan Rokok

Siapa tidak kenal dengan penyanyi tersohor berbakat besar iaitu Noh Hujan atau nama sebenarnya Mohammad Noh bin Salleh.

Terdahulu dia menjadi sebutan apabila mengumumkan penceraiannya dengan Nina yang juga merupakan anak kepada bekas pengerusi Kumpulan Ambank.

Terbaru, dia kembali terpalit dengan satu kontroversi apabila dikatakan merokok sambil catwalk di pentas Kuala Lumpur Fashion Week undang perasaan kurang senang orang ramai.

Mewakili satu jenama yang cukup gah namanya, penyanyi berumur 37 tahun ini santai menggayakan busana serba hitam beserta kaca mata.

Dapat kita lihat, dia memegang seputung rokok yang tidak dibakar dan apa yang mengejutkan adalah Noh menyebut, ‘kau pergi mampus.. kau mampus’ ketika di awal kemunculan sambil jari menunding pada penonton yang hadir.


Difahamkan, Noh ingin menggayakan ‘outfit’ tersebut ala-ala ‘bad boy’.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pendapat masing-masing mengenai perkara tersebut.

Ada yang menyifatkan ianya satu perkara yang biadap malah ada juga mengatakan ianya satu perkara yang agak ‘sempoi’

Tidak cukup dengan itu, ada juga yang sempat berseloroh mengatakan gayanya itu seperti rider makanan. Manakan tidak, dengan bag silang, berkaca mata dan sarung tangan.

Antara komen warga maya:

“kalau artis pakai camni mesti style.. kalau aku yang pakai cam ni mesti orang tergu ‘dik berapa kali cedok dah harini, sekarang nak dapat 100 pun susah'”

“Noh nape camni…”


“Tak kene saman ke merokok tempat awam”

“Macam frust je dengan hidup dia sekarang ni..”

Video yang tular di laman TikTok:

@budieychannelNoh Hujan buat penampilan di Show Super Sunday di KLFW2022. Ala ala bad bois gitu.

♬ original sound – onefaridzuan

Bagaimana pun, lebih manis sekiranya tanpa rokok kerana persembahan iti diadakan ditempat terbuka dan ditonton oleh pelbagai lapisan umur.