Mat Salleh Buat ‘Content’ Malaysia, Undang Kritikan Netizen Dakwa Cara Mudah Raih Populariti

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan kekayaan budaya, adat, variasi makanan dan seumpamanya. Sedia maklum, keunikan Malaysia ini sudah tentunya menjadi tarikan buat pengunjung dari luar negara untuk datang melancong ke Malaysia.

Begitu juga baru-baru ini, seorang pemuda berbangsa Perancis telah tular dengan mengunjungi pelbagai tempat yang menarik dan meneroka pelbagai budaya, adat, mahupun makanan unik di negara tercinta kita ini.

Walau bagaimanapun menerusi perkongsian yang dibuat di laman Facebook pengguna @Khairul Azri, dia menjelaskan bahawa bagaimana rakyat di sini begitu mudah ‘terpedaya’ dan ‘kagum’ dengan orang berkulit putih membuat apa-apa sahaja content yang membabitkan nama Malaysia.

“Mai Malaysia..sampai Aloq Staq, buat first video, puji Malaysia,.rakyat Malaysia sikit..Boom.

“Dalam masa sehari 100K followers Malaysia follow dia.” jelas Khairul dalam perkongsian yang telah dimuat naik olehnya.

Difahamkan, usai seminggu pengikutnya sudah mencecah 200K terus dia jalankan sesi berjumpa dengan peminat-peminatnya (meet and greet).

“Masuk seminggu followers dah naik 200K, siap ada sesi berjumpa peminat(meet and greet) makan makan.” katanya.

Bukan itu sahaja, pengunjung tersebut turut menerima hadiah daripada peminatnya yang berasal daripada Malaysia.

“Ni tak habis minggu kedua dah lebih 250K followers baru, siap dapat hadiah barang dari fans Malaysia.” terang Khairul lagi.

Baru-baru ini pula dikatakan pengunjung tersebut boleh buat ‘review‘ makanan pula untuk meraih views, likes dan comments di laman sosial TikTok.

Susulan isu ini, pengguna Facebook berkenaan telah menyenaraikan dua pengajaran yang kita boleh ambil menerusi hantarannya itu.

“Benda yang kita boleh belajar,

“1. Orang Malaysia(tak semua) masih ramai yang mendambakan/crave ‘approval’ orang luar terutamanya Mat salleh pasal kita dan negara kita sebab tu content ‘pandering‘ macamni masih kekal di carta fyp dan boleh jadi content kat page dan media di Malaysia.

“2. Time to move to TikTok.” tambah Khairul.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet setuju dengan kenyataan yang telah dikeluarkan oleh Khairul Azri dalam hantaran di laman Facebooknya itu.

Namun begitu, ada juga yang mengeluarkan pendapat mereka bahawa rakyat Malaysia ini memang suka ‘meraikan tetamu’ tidak kisahlah dia berbangsa apa sekalipun.

Bukan itu sahaja, ada yang kurang bersetuju dengan pendapat tersebut malah menyatakan bahawa tindakannya membuat ‘content‘ Malaysia itu bagus secara tidak langsung dapat mempromosikan negara kita kepada dunia luar.

Antara komen netizen:

“Orang Malaysia memang jakun dengan mat saleh. Haha”

“sebenarnya budaya Malaysian yg suka raikan tetamu. lagi-lagi bila tetamu Tu puji Kita. LG la Kita appreciate NK Balas budi.. xkisah la mana2 foreigner pun .. tp tulah, Kita xyah la over sangat.. biasa2 sudah”


“Ok lah tu bukan salah dia juga, at least dia promosi malaysia kepada dunia luar… Gituu 😆😆”

 

Hantaran yang tular: