Pegawai Tular Gaduh Tengking Netizen, Jabatan Imigresen Arah Ditukarkan Serta Merta

Isu ketidakpuasan hati terhadap sesuatu servis bukanlah suatu perkara biasa di Malaysia. Ketidakpuasan hati boleh berpunca daripada servis yang mengambil masa yang lama, sesak, sistem komputer yang sering bermasalah dan sebagainya.

Namun apa yang mengejutkan, baru-baru ini pula berlaku pertelingkahan antara orang awam dengan pegawai Imigresen sehinggakan pegawai tersebut menjerit dan menghalau orang awam tersebut keluar daripada situ.

Memetik laporan OhMedia, terbaru tular suatu rakaman video yang memperlihatkan suatu pergaduhan berlaku antara pegawai Imigresen dengan orang awam tersebut di UTC Selangor, Anggerik Mall, Shah Alam.

 

Difahamkan, orang awam yang terlibat telah membuat laporan polis dengan mendakwa bahawa dirinya tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan oleh pegawai berkenaan ketika berurusan di kaunter tersebut.

Ekoran kejadian tersebut, Jabatan Imigresen Malaysia segera mengambil tindakan dengan menukarkan pegawai terbabit ke bahagian lain.

Jabatan Imigresen Malaysia telah memuat naik satu hantaran di laman sosial Facebooknya berhubung dengan isu yang tular ini.

Satu kertas siasatan mengikut peraturan dan prosedur tatatertib penjawat awam turut akan dibuka dengan segera oleh Bahagian Integriti jabatan ini untuk lakukan siasatan lebih lanjut.

Ketua Pengarah Imigresen, Dato’ Sri Khairul Dzaimee menyatakan bahawa walaupun siasatan awal mendapati ada unsur provokasi daripada orang awam tersebut, bagaimanapun tindakan yang diambil pegawai itu bertentangan dengan slogan jabatan Imigresen iaitu “Integriti, Professional, Mesra”.

“Selain itu, adalah diakui bahawa menjerit dan mengeluarkan kata-kata kesat terhadap orang awam adalah sesuatu yang tidak sepatutnya dilakukan oleh seseorang pegawai Imigresen yang merupakan penjawat awam.” jelas beliau.

Menurut beliau, pegawai tersebut hendaklah bijak mengawal diri dan bersikap profesional apabila berdepan dengan provokasi lisan daripada orang awam.

Hal ini demikian kerana para pegawai sudah diberikan latihan dan tunjuk ajar untuk diamalkan sewaktu bekerja.

Walau bagaimanapun, tindakan provokasi yang dilakukan oleh orang awam juga sangat dikesali.

Sekadar info, Jabatan Imigresen telah menyediakan pelbagai kemudahan untuk memperbaharui pasport antaranya permohonan atas talian dan pemanjangan waktu operasi termasuk hari hujung minggu Sabtu dan Ahad.

 

Hantaran tukar di laman Facebook:

Video yang tular di alman TikTok:

@utusantvofficial Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud berkata, jabatan memandang serius kejadian tersebut walaupun siasatan awal mendapati terdapat unsur-unsur provokasi daripada orang awam berkenaan. #trendingnewsmalaysia #beritaditiktok #fyp ♬ original sound – UtusanTV