Aksi ‘Drift’ Nissan Skyline Turun Genting Highlands, Netizen Meragui Ianya Dirakam Secara Tidak Sengaja

Jalan di Genting Highland yang berliku-liku sudah pasti sangat disukai oleh mereka yang ‘berjiwa kelajuan’ malah ada juga yang membuat aksi ‘drifting’.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana sebuah model kereta sport dirakam sedang melakukan aksi drift ketika turun dari Genting Highlands mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @mahadewiaris87, pada awalnya kelihatan seorang wanita sedang menggayakan beberapa pose di tepi jalan.

Namun tiba-tiba mereka terdengar satu bunyi yang agak bising sedang turun dari bahagian atas Genting Highlands.

Rupa-rupanya sebuah kereta sport dipercayai Nissan Skyline sedang drift turun ke bawah di hadapan wanita-wanita yang berada di tepi jalan itu. Pada masa sama, sebuah Toyota Hilux dilihat segera berhenti di tepi jalan dipercayai untuk ‘memberikan laluan’ kepada kereta sport itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan ianya satu perkara yang sangat berbahaya untuk dilakukan di atas jalan raya awam.

Bukan itu sahaja, netizen juga mempertikaikan video tersebut adalah video ‘tidak sengaja’ kerana ianya seperti konten yang dibuat-buat bahkan jalan raya juga terlihat sangat lengang dan kosong.

Meneusi sebuah lagi video lain juga, dapat kita lihat kereta tersebut berada bersama-sama wanita ini dimana kereta tersebut mengelilinginya di satu tempat lapang.

Antara komen warga maya:

“Member dia gak tu..dah standby utk content..video dh viral..like dh banyak..kt fb paultan dh viral..tunggu je la..all the best gaiss!!!”


“pro mcm mana pun, tetap tak boleh buat drift kat public road.”



Video yang tular di laman TikTok:

@mahadewiaris87 Nasib kami masih selamat #driftcar #racecar #tiktokmalaysia #tiktokindonesia #fypdongggggggg @bellaluna_bell ♬ original sound – Mahadewiaris

@mahadewiaris87 Reply to @miqhwanj92 ♬ original sound – Mahadewiaris