Selamba Datang Makan Di Kenduri Walau Tak Dijemput, Tuan Rumah Sempat Rakam Gelagat Pasangan Ini Buat Netizen Hairan

Beberapa hari lepas tular tentang seorang wanita yang tersalah masuk kenduri orang lain yang disangkakan kenduri kawannya buat para netizen tidak kering gusi.

Manakan tidak, boleh pula tersalah tengok tarikh, tapi apa pun difahamkan wanita itu sudahpun memaklumkan perkara tersebut kepada tuan rumah kerana ramai yang berpendapt makanan yang dimakan oleh mereka akan menjadi haram jika tuan rumah tidak halalkan.

Pun begitu, tuan rumah tampil menjelaskan bahawa dia sudah menghalalkan makanan yang dimakan dan menganggap ianya rezeki mereka yang tersalah tarikh.

Namun apa pula cerita kali ini? baru-baru ini tular sebuah kisah dimana tuan rumah dikatakan merakam sebuah pasangan yang datang ke majlis perkahwinan mencuri perhatian ramai.

Difahamkan, pada awalnya tuan rumah beras curiga dengan pasangan ini yang hadir ke majlis perkahwinan dengan memakai baju yang tidak sesuai seperti hendak pergi bersiar-siar di pusat membeli belah.

Mereka berdua turut memaklumkan mereka adalah kenalan pengantin perempuan dan apabila ditanya darpada mana, mereka hanya berkata ‘daripada sana’ tanpa sebutkan nama tempat.

Apa yang membuatkan tuan rumah bertambah curiga adalah mereka berdua kelihatan selamba beransur pulang setelah selesai makan dan tidak bertemu dengan pengantin atau tuan rumah.

Tuan rumah juga merakam gelagat mereka yang cepat-cepat mengambil helmet dan menaiki motorsikal mereka. dia yang kebingungan itu sempat bertanya kepada orang ramai apakah maksudnya jika orang berkelakuan seperti itu.

Video yang tular di laman TikTok:

@y0ugerttt #fyp #kondangan #fypシ ♬ True Colors – Saykoji

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 5.6M tontonan, 169.8K tanda suka, 14.8K komen dan 621 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen memberikan pandangan masing-masing terhdapat situasi tersebut. Ada setengah para netizen yang mengatakan perkara tersebut adalah sangat tidak baik jika mereka tidak diundang dan makan tanpa pengetahuan tuan rumah kerana netizen beranggapan ianya akan jatuh hukum haram.

Namun dalam masa yang sama, ada juga para netizen yang tidak mahu mengulas lanjut kerana takut jika mereka benar-benar di undang cuma tidak memakai pakaian yang sesuai dengan majlis.

Malah para netizen juga akui turut berasa kasihan jika mereka benar-benar merupakan orang yang tidak mampu dan berharap agar tuan rumah menghalalkan segala yang dimakan oleh mereka berdua.

Antara komen warga maya: