Jumpa 3 Beranak Tolak Motor Tepi Highway, Niat Baik Pemuda U-Turn Jauh Nak Bantu Raih Pujian Netizen

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Terkadang dalam hidup ini kita merasakan bahawa masalah kita lebih besar dari segalanya namun tanpa kita sedar, terdapat orang lain yang jauh lebih berat ujiannya berbanding kita.

Sudah jatuh ditimpa tangga, itu lah peribahasa yang sinonim dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang suami bersama anak dan isterinya terpasa menolak motor hampir 2 km.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @ahleps0810, dikatakan seorang lelaki yang menaiki kereta terserempak dengan tiga beranak yang sedang menolak motorsikal.

Apabila ditanya, dia memaklumkan duitnya hanya tinggal RM1 sahaja dan ayat itu menjentik hati lelaki ini untuk membantu mereka tiga beranak dengan membelikan minyak petrol dan sedikit makanan buat mereka.

“tiga beranak tlak motor hampir 2 KM, tidak meminta dibantu, dia bagitahu dia cuma ada rm1 sahaja, jam dah masuk maghrib.. aku tengok seorang suami tolak isteri dan anaknya duduk atas motor.. dengan jarak yang jauh aku terus U-turn jumpa 3 beranak ini”

“Aku dpt rasa mcm mana penat tolak moto hampir 2km,Menitis air mata lihat raut wajah anak nya”

“sedih lihat anaknya tunjuk dan bagi tahu maknya aku bawa air dan makanan.. aku pernah rasa susah macam ni.. jadi aku dapat rasa macam mana sakitnya..Ya Allah kau permudahkanlah rezeki mereka 3 beranak ini..” ujarnya lagi.

Video yang tular di laman TikTok:

@ahleps0810 Balik Dari simujan ke kch kehabisan minyak,tolak moto hampir 2km,sebak dgr cerita seorg suami.#tiktoksarawak #sarawakian #tiktoksamarahan #tiktokkuchingsarawak #tiktokmalaysia #sarawakfyppp #tiktoksimunjan ♬ Sedih – Instrumental – Asraf Studio

@ahleps0810 Aku dpt rasa mcm mana penat tolak moto hampir 2km,Menitis air mata lihat raut wajah anak nya #tiktoksarawak #tiktoksamarahan #tiktokkuchingsarawak #sarawakfyppp #sarawakian #tiktokmalaysia #tiktoksimunjan ♬ Sholawat Sedih – Instrumental – Asraf Studio

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 276.3K tontonan, 28.8K tanda suka, 2181 komen dan 635 perkongsian di laman TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen turut bersimpati dengan apa yang berlaku kepada tiga beranak ini dan mereka akui 2 KM perjalanan bukanlah satu perjalanan yang dekat apatah lagi dengan menolak motor malah risikonya juga tinggi dengan adanya anak dan isteri.

Bukan itu sahaja, para netizen juga berterima kasih kepada lelaki ini kerana membantu apa yang terampubagi meringankan beban mereka tiga beranak dan ramai daripada warganet mendoakan rezeki yang luas buat kedua-dua belah pihak.

Berikut merupakan komen warga maya: