Gadis Turun Dari Kereta, Reaksi Pekerja Dekat ‘Drive Thru’ Pula Buat Netizen Terhibur

Ramai dikalangan kita yang lebih selesa menggunakan sistem drive-thru yang membolehkan kita untuk berada di dalam kenderaan dan membuat pesanan tanpa perlu masuk ke dalam premis bahkan ini juga boleh mengelakkan daripada beratur panjang apabila terdapat ramai pelanggan.

Namun, lain pula dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana gadis ini siap turun daripada kereta semasa ingin membuat pesanan di lorong pandu lalu ini mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @gurl.butterfly, kelihatan gadis itu turun dari keretanya semasa mereka berada di lorong pandu lalu itu dan dapat juga kita dengar suara rakan-rakannya yang tidak dapat menahan ketawa mereka.

Sebaik sahaja dia turun daripada kereta dan berdiri di hadapan mesin pesanan, kedengaran suara pekerja di situ yang menegur gadis itu yang keluar daripada keretanya. Malah dia turut bertanyakan mengapa gadis itu turun daripada keretanya itu sekaligus membuatkan dia kembali berlari masuk semula ke dalam kereta.

Ramai yang beranggapan mungkin wanita ini tidak menyangka pekerja di sana tidak dapat melihat apa yang berlaku di situ walaupun sebenarnya terdapat kamera CCTV yang merakam.

Menerusi satu video yang lain, dia juga dilihat berjalan kaki mengambil makanan yang telah di pesan di lorong pandu lalu itu malah rakannya juga sempat bergurau dengan sengaja melajukan kenderaan seolah-olah hendak meninggalkannnya.

Video yang tular di laman TikTok:

@gurl.butterflyakak mcd sportrim😭👍🏼♬ original sound – nsyasyabilarasyiqah

Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih 898.3K tontonan, 114.1K tanda suka, 351 komen dan 498 perkongsian di applikasi TikTok.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat wanita ini yang selamba berjalan kaki di laluan drive thru dan dalam masa yang sama para netizen berseloroh pastinya situasi ini turut membuatkan pemandu lain hairan melihatnya.

Bukan itu sahaja, warganet juga memuji reaksi pekerja itu yang sempat lagi mengusik gadis itu dan melayan kerenahnya itu.

Antara komen warga maya:

“Aduh perempuan bila berkumpul mesti macam ni…”

“Orang kat belakang mesti pelik…”

“Member merah je muka.”


“Ingat akak mcd tak tau ke. Dorang ada cctv hahaha.”