Selamba Buat Gaya Superman, Mat Rempit Gelabah Nampak Abang Polis ‘Follow’ Sebelah

Kita semua mesti pernah jumpa penunggang motosikal yang degil tidak mahu mengikut peraturan jalan raya. Bukan itu sahaja, kita sebagai pengguna jalan raya turut sakit hati melihat kecuaian mereka sendiri yang boleh membahayakan keselamatan orang lain.

Walaupun golongan ini sudah diberi amaran oleh pihak polis, masih sahaja melakukan kesalahan yang sama. Bak kata peribahasa Melayu, itik dimandikan takkan basah.

Seperti video yang tular baru-baru ini, seorang penunggang motor yang mengenakan baju berwarna biru dan seluar hitam dilihat membuat lagak ngeri di sebuah lebuhraya berdekatan Pahang.

Aksi ala-ala Superman yang dibuat oleh lelaki yang menunggang motosikal berjenis Honda EX5 itu telah mengundang pelbagai reaksi netizen di media sosial.

Yang lebih kelakar, lelaki itu tetap ‘confident’ menunjukkan kehebatannya di atas jalan tanpa menyedari sebuah kereta polis telah mengekorinya dari sisi. Bukan itu sahaja, dia malah tidak perasan dengan bunyi siren yang dipasang oleh anggota tersebut!

Sebaik sahaja perasan dirinya dirakam, dia terus membetulkan posisi di atas motor lalu menurunkan visor topi keledar yang dibukanya sebelum itu gara-gara malu.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat ‘mat rempit’ yang tiba-tiba cuak melihat kehadiran abang polis di sebelahnya.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Twitter

Video yang tular di laman Facebook