“Dia mintak RM7,” Niat Nak Sedekah, Sekali Gadis Ini Kena Scam Dengan Kanak2 Rohingya

Sebagai seorang rakyat Malaysia yang prihatin, kita mudah untuk berasa kasihan apabila melihat peminda sedekah mahupun orang yang tidak berkemampuan di kaki jalan.

Malah masyarakat kita tidak lokek memberi sedekah kepada golongan ini tidak kira kepada peminta sedekah rakyat ini mahupun rakyat luar. Pun begitu, kita dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati kerana kadang kala ada yang cuba mengambil kesempatan.

Seperti yang berlaku kepada seorang gadis baru-baru ini, niatnya untuk bersedekah terbantut setelah jumlah duit yang disumbangkannya dikatakan tidak cukup.

Menerusi video berdurasi 24 saat yang dikongsikan oleh Aamirah Latiff, dia pada mulanya dihulur buku Yasin oleh kanak-kanak berbangsa Rohingya sebagai ‘sedekah’. Sebagai ganti, dia pun seikhlas hati menghulurkan RM2 kepadanya.

Bagaimanapun, situasi menjadi agak tegang apabila RM2 yang dihulur tidak dibalas dengan ucapan terima kasih. Malah kanak-kanak tersebut meminta RM7 untuk sekeping buku Yasin yang diberikan tadi!

Gadis tadi tergamam lalu memulangkan buku Yasin yang diterimanya kepada kanak-kanak tersebut dengan harapan RM2 yang diberinya tadi turut dipulangkan namun hampa apabila kanak-kanak itu enggan memulangkannya.

“Tak pasal-pasal kena scam dengan budak Rohingya” tulis gadis itu di dalam video yang dimuat naiknya di TikTok.

Sejak video ini dimuat naik semalam, ianya telah ditonton sebanyak 215.7 ribu kali serta mengumpul 8538 tanda suka!

Meninjau ke ruangan komen, rupa-rupanya ramai yang pernah terkena dengan peminta sedekah sebegini. Menurut netizen, taktik yang digunakan juga sama!

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Bdk dkt situ mmg gitu. I pernah dgr mak dia marah sbb dia tk mintak sedekah. I think org yg sama. Memaksa kita bg duit”

“Ak prnh kena dia ckp bg je brp2, ak bg rm3 pastu dia ckp rm13☠️☠️ak bg blik yassin tu ☠️kt klcc”


“kalau sy xlayan dah. tapi suami suka layan. geram je. siap cakap. itu urusan dia dengan Allah. Lahhh aku yang kena balik.”

Video yang tular di laman TikTok

@aamirah.latiff Bila masa tak mengizinkan kita terlalu berbuat baik dengan org😂 Hati2 ya semua🫠 #fyp #fypシ゚viral #fypシ ♬ bunyi asal – Perrypoetry