“MUA tak bagi senyum” Pengantin Kecewa Bayar RM14K Tapi Makeup Hauk

Sebagai pengantin wanita yang bakal diraikan pada hari istimewa mestilah ingin tampil cantik dan menawan. Maklumlah, dalam majlis persandingan nanti mestilah ramai orang yang datang nak tengok rupa pengantin.

Oleh itu, selalunya pengantin perempuan akan mengupah mana-mana make-up artist (MUA) untuk mendandankan mereka. Ada yang sanggup berhabis sehingga belasan ribu untuk kelihatan cantik. Upah mahal, makeup pun mestilah kena cantik kan?

Namun kali ini, lain pula nasib yang menimpa seorang pengantin perempuan ini apabila MUA yang diupah gagal menyoleknya dengan sempurna. Malah kelihatan seperti badut!

Kisah ini dikongsikan sendiri oleh wanita bernama Dian Sulastri di platform TikTok miliknya. Menerusi satu video yang dimuat naik, dia hampir menangis sebaik sahaja melihat hasil air tangan MUA tersebut.

Tidak cukup dengan itu, si MUA turut tidak membenarkan wanita itu senyum kerana takut-takut akan memusnahkan makeup yang dibuatnya.

“Masa habis makeup tengok cermin terdiam. Nak nangis. Sebab dah lamabt nak pergi dewan satu hal. Pastu dia bagitahu. Jangan senyum nanti kening lari”, tulis Dian di kapsyen.

Difahamkan, Dian mengambil pakej perkahwinan berharga RM14 ribu yang menyediakan semua persiapan termasuk katering. Pun begitu, pihak di sana lambat memberikan nombor berurusan malah MUA juga hadir last minute pada hari majlis.

Dian akui langsung tidak terlintas di fikirannya akan terjadi perkara sebegini. Tambahnya, dia kecewa kerana masih tiada tindakan yang diambil oleh pihak tersebut atas kejadian yang berlaku.

@diansulastri87 Replying to @fatin.eyqa ni lah cerita dia. sape nak baca pepandai korang stop/pause. huhuhu.. #mua #makeup #khawin #fyp ♬ original sound – Syahmi Hisham

Meninjau ke ruangan komen, pelbagai reaksi diberikan oleh netizen. Rata-ratanya kasihan melihat dugaan yang menimpa Dian. Selain itu, ada juga yang mendakwa pernah mengalami situasi yang sama.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“kalau saya remove make up tu, pastu make up sendiri haha”

“walaupn sya nie xpndai mekap tp xdakla rasa nk p letak eyeshadow berlapis mcm tu😅”


“Allahuakhbar . saya kena masa bertndang 😭”

“Ya Allah sape yang makeup kan ni? 😭😭”

Video yang tular di laman TikTok

@diansulastri87 Replying to @cik_reena cerita sedih.. tapi kisah benar. tema baskin robbin. mua tak bg senyum . #mua #khawin #makeuptutorial #kenascam ♬ suara asli – NyZa