“Selalu Kalau Buaya Lawan Arus Ni Mood Dia Tak Baik”- Lelaki Rakam Buaya Di Sungai, Netizen Pakat Keluarkan Teori

Buaya merupakan haiwan pemangsa yang digeruni ramai. Haiwan dua alam ini bukan sahaja laju di dasar malah lincah di darat!

Selain menyerang haiwan, buaya juga menyerang manusia. Manusia merupakan ancaman terbesar bagi populasi buaya menerusi aktiviti seperti pemburuan dan pembasmian habitat.

Baru-baru ini, video yang telah dimuat naik oleh @mbjoran pada 15 November tahun lalu kembali tular.

Videonya itu memaparkan seekor buaya besar telah berenang merentasi Empangan Sungai Malim, Melaka.

Haiwan yang digelar ‘raja sungai’ itu dilihat berenang melawan arus. Kerana pemuda itu terlalu dekat dengan sungai, buaya itu dapat dirakam dengan jelas sekali.

Buaya itu turut dikatakan oleh lelaki ini sedang ‘tumpang lalu’ untuk mencari mangsa seterusnya agar boleh mengisi perut yang kosong.

Netizen yang melihat video ini turut tergamam dengan kebesaran badan buaya tersebut! Pun begitu, buaya itu dilihat tenggelam timbul. Mungkin kerana melawan arus sungai.

Kini, video yang tular itu telah mengumpul tontonan sebanyak 1.2 juta dan mendapat 82 ribu tanda suka!

Menjengah ke ruangan komen, bermacam-macam teori yang dikeluarkan oleh netizen berikutan melihat buaya yang berenang melawan arus.

Dalam pada masa yang sama, mereka turut berterima kasih kepada lelaki atas kegigihannya merakam aksi buaya itu untuk diperlihatkan ramai.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di TikTok

“Saya respect dengan abang rakam dengan betul dan tkde gangguang rakaman terima kasih ! ❤️”

“lawan arus tu.. selalu lawan arus dia tengah lapar tu.. hati2..”

“biasa kalau lawan arus ni . dia tgh lapar”


“lawan arus klu..hati2 bang..lawan arus dia mmg mncri mngsa.”

“lawan arus tu . selalu klu orng kata lawan arus ni dia akan lawan arus klu arus tuu”

“auu lawan arus tu , katanya lawan arus maknanya tngah garang 🤧”

Video yang tular di laman TikTok

@mbjoran♬ bunyi asal – mbjoran