Penghuni Flat Suka Hati Cop Parking Jadi Isu Netizen Berdebat

Bagi sesiapa yang tinggal di rumah pangsa atau orang kita sebut flat, mesti dah masak sangat dengan perangai-perangai pelik penghuni di sana.

Baru-baru ini kita dengar rumah flat diubah suai berlebihan sehingga terpaksa dirobohkan. Kali ini, cop mengecop tempat parkir pula!

Walaupun budaya ini sudah lama membiak tak kira di mana sahaja, namun kali ini tular beberapa video berkaitan penghuni rumah flat menjadikan parkir seperti hak sendiri!

Beberapa hari lepas, seorang pengguna Facebook telah memuat naik tiga video memaparkan beberapa individu suka hati mengecop tempat parkir di kawasan flat.

Lelaki bernama Zul Hilmi Abdullah telah berkongsikan video itu di sebuah page bernama B40 Buat Perangai Apa Harini. Kapsyen yang digunakan pada video turut berbaur sinis.

Video pertama memaparkan seorang lelaki mengeluarkan kenderaannya dari tempat parkir untuk ke sesuatu tempat.

Risau ‘parkirnya’ diambil, dia turun dari kereta dan bertindak menarik tong sampah berwarna jingga ke parkir itu dengan harapan tiada sesiapa yang akan meletakkan kenderaan di situ.

Tanpa dia sedar, kelakuannya itu telah dirakam oleh seseorang. Sama juga seperti video kedua.

Seorang pemuda meletakkan motorsikal berwarna hitam di ruangan parkir sebagai tanda parkir itu ‘miliknya’ dan tiada siapa yang boleh mengambil parkirnya itu.

Pada video ketiga, seorang perempuan pula yang berpakaian serba hitam melakukan hal yang sama.

Dia dari jauh datang dan menarik tong sampah berdekatan untuk mengisi ruang parkir itu agar senang buatnya meletakkan kenderaan selepas pulang dari keluar sebelum dilihat beredar dari situ bersama sebuah kereta.

Seperti yang kita tahu, perbuatan mengecop parkir adalah salah selain menyusahkan orang lain. Walaupun niat mereka untuk memudahkan mereka tanpa perlu memusing kawasan flat untuk mencari parkir kosong.

Menjengah ke ruangan komen, rata-ratanya tidak bersetuju dengan budaya ini. Malah ada juga yang menyalahkan pihak pembangun kerana tidak menyediakan ruang parkir secukupnya untuk penghuni.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Facebook