“Sekejap je kau merasa jadi kaya..” Netizen Puas Hati ‘Bos Besar’ Macau Scam Akhirnya Ditahan

Lima individu termasuk dua orang yang bergelar Datuk Seri dan Datuk ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

Kelima-lima individu berkenaan ditahan bagi membantu siasatan kes peni­puan sindiket Macau Scam di negara ini.

Salah seorang daripada mereka di kalangan selebriti 

Difahamkan, salah seorang daripada mereka sangat dikenali dalam kalangan selebriti tanah air selain menjalani kehidupan serba mewah.

Menerusi perkongsian Viral Oh Viral di laman Facebook, Datuk Seri dan isterinya juga dipercayai se­ring berparti bersama beberapa selebriti popular.

Memetik laporan Kosmo, pasangan tersebut juga tidak segan silu mempamerkan kehidupan mewahnya di media sosial.

Wang haram tersebut dicuci dengan menjalankan perniagaan vape

Katanya, Datuk Seri itu dipercayai seorang tauke judi online serta terlibat dalam aktiviti pengubahan wang haram.

“Wang hasil kegiatan haram itu kemudiannya ‘dicuci’ atau digunakan untuk menjalankan perniagaan vape yang diusahakan oleh selebriti yang telah dipanggil oleh SPRM di Putrajaya”.

Datuk Seri berkenaan merupakan rakan niaga kepada artis

“Suspek bergelar Datuk Seri itu juga dipercayai merupakan rakan niaga kepada personaliti yang juga artis,” kata sumber itu semalam.

Terdahulu, kelima-lima individu terbabit dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya di sini semalam untuk mendapatkan pe­rintah tahanan reman.

Difahamkan, kelima-lima suspek yang terdiri daripada tiga lelaki dan dua wanita tiba di mahkamah ber­kenaan pada pukul 3 petang semalam dengan memakai baju lokap SPRM berwarna oren.

Butiran mengenai tempoh reman tidak dikongsi SPRM

Butiran mengenai tempoh reman kesemua individu terbabit bagaimanapun tidak dikongsi oleh pihak SPRM walaupun pihak media menunggu hampir lima jam di luar mahkamah tersebut.

Sebelum ini, SPRM memaklumkan bahawa suruhanjaya itu akan membawa kesemua lima suspek bagi mendapatkan perintah tahanan reman di Mahkamah Majistret Putrajaya semalam.

Menjenguk ke ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan pelbagai reaksi mereka dan turut berkongsi cerita yang pernah dilalui ditipu melalui macau scam.

Semoga kisah ini menjadi pengajaran kepada kita semua supaya lebih berhati-hati apabila membuat sebarang urusan dengan pihak yang tidak dikenali.