Connect with us

Viral

“Saya tak kisah pun” Respon Neelofa Terima ‘Gift’ Ketika Live TikTok Buat Peminat Kecewa

Kontroversi yang melanda selebriti dan usahawan terkenal iaitu Neelofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor seakan-akan tiada penghujungnya. Ada sahaja isu baharu yang timbul berkaitan dirinya.

Seperti yang kita tahu, kini pengguna TikTok boleh memberikan ‘gift’ pada mereka yang melakukan ‘live’. Bukan sahaja ianya menunjukkan tanda sokongan malah boleh juga menerapkan sikap bersedekah.

Pun begitu, lain pula jadinya apabila Neelofa dikatakan ‘sombong’ ketika melakukan live di TikTok mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh @partnerNunHa, kelihatan Neelofa bersama suaminya, Haris Ismail sedang membuat live di TikTok bersama pengikut mereka, semalam.

Pada awalnya, dia bertanyakan kepada pengikutnya sama ada produk kecantikan yang ingin dikeluarkan akan memberi manfaat atau sebaliknya kepada syarikat.

Dalam pada sibuk berbual dengan suaminya, kelihatan seorang pengikut TikTok memberikan hadiah ‘Swan’ kepada Neelofa namun tidak diendahkan oleh selebritu kelahiran Kelantan itu. Dia juga mengatakan bahawa dia tidak kisah dengan gift yang diberikan.


Dapat kita dengar, suaminya menegur agar mengucapkan terima kasih lalu Neelofa bertindak mengucap terima kasih selepas dua kali ditegur oleh Haris.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen meluahkan rasa tidak puas hati apabila Neelofa seakan-akan tidak menghargai pemberian peminatnya.

Bukan itu sahaja, netizen juga mempertikaikan keputusan Neelofa yang ingin mengeluarkan produk kecantikan setelah tukar baru-baru ini isu dia ‘tikam belakang’ stokis & agent inai NunHa.

Antara komen warga maya:

“haris dua kali ulang suruh dia berterima kasih eh boleh pula tak kisah”

“amboi tingginya mendongak hajjah”


“NunHa pun tak habis, nak keluarkan skin care lepastu stokis terpaksa..”

“suami tegur pun dia buat endah tak endah, lagi korang reseller”

“i tak kisah pasal hadiah tu”

Video yang tular di laman TikTok:

@partnernunha Founder & HQ mmg takkan ada rasa nk menghargai reseller. Kami dah cuba sehabis baik selama ni untuk buat sales dan backup HQ habis2an. Tapi apabila ada teguran HQ mmg takkan layan. Sampai bila HQ nk mendabik dada? Alangkan follower bagi gift pun tak dihargai. Ini kan reseller yg dah lepas ambik stock lepastu banyak mengadu dgn HQ pasal masalah2 dkt luar sana. Lagi la tak peduli. #neelofa #innainunha #innaineelofa #innainunhashahalam #innainunhakualalumpur #fyp #fypシ #fy #fypシ゚viral #fypage ♬ original sound – PartnerNunHa

Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Copyright © 2022 YOY Network. Part of YOY Group Sdn.Bhd. (1462891-P)