“Saya minta isteri berhenti kerja, saya bayar gaji dia” Abam Mahu Isteri Jadi Suri Rumah Kerana..

Pelakon dan pelawak, Abam Bocey mengakui bahawa dia meminta isterinya, Nor Hidayah Mohd. Ali untuk meninggalkan kerjayanya dan menjadi suri rumah sepenuh masa.Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan, 32, berkata, dia berbuat demikian kerana tidak mahu anaknya dijaga oleh pengasuh luar.“Sebaik sahaja anak saya lahir tempoh hari, saya meminta isteri untuk [...]

Pelawak popular, Abam Bocey memberitahu di mana dia meminta isterinya, Nor Hidayah Mohd. Ali untuk berhenti kerja dan menjadi suri rumah sepenuh masa.

Pemilik nama sebenar Syed Umar Mokhtar Syed Mohd. Redzuan ini berkata, dia membuat permintaan itu kepada isterinya kerana tidak mahu pengasuh luar menjaga anak mereka.

Menurutnya, dia meminta isterinya meninggalkan kerjayanya sebaik sahaja anak mereka dilahirkan demi menjaganya.

“Sebaik sahaja anak saya lahir tempoh hari, saya meminta isteri untuk berhenti kerja demi menjaga anak kami.”

Namun, Abam berkata, dia tidak sahaja meminta isterinya berhenti kerja, tetapi juga Abam membayar gaji yang sepatutnya diperolehi oleh isterinya itu.

“Jadi, apa yang saya lakukan ialah saya ‘beli’ gaji dia. Saya berhentikan dia kerja dan saya bayar gaji yang sepatutnya dia peroleh setiap bulan,”

Tambah Abam lagi, gaji yang diberikan itu untuk kegunaan peribadi isterinya tidak termasuk keperluan nafkah lain yang diberikannya.

Semua gaji itu adalah hak milik isterinya dan dia berhak untuk menggunakan bagi keperluan peribadinya.

“Kalau dia nak beli apa dengan duit itu, dia punya pasal. Saya hanya deposit ke akaunnya setiap bulan, itu hak dia, duit gaji dia.”

Malah Abam masih menyediakan nafkah dan keperluan lain.

“Bab nafkah dan keperluan lain, itu tak termasuk sekali kerana saya beri lain,”

Sebelum ini, isteri Abam merupakan seorang akauntan di sebuah syarikat.

Abam telah melangsungkan perkahwinan dengan Nor Hidayah, pada 8 Disember 2017 dan hasil perkahwinan, pasangan itu kini dikurniakan seorang cahaya mata yang baru berusia lapan bulan, Syed Uthman Hamzah.

Bersama kumpulan Bocey, Abam baru sahaja memenangi tempat ketiga pada Maharaja Lawak Mega 2019 yang lepas.

Mereka membawa pulang wang tunai RM150,00 beserta trofi.