[FOTO] “B*bi punya kontraktor, kesian Aaisyah” Che Ta Berang Rumah Tak Siap

Siapa yang boleh tahan sabar apabila janji yang diberikan tak ditepati. Bukan sebulan dua, tetapi dua tahun!

Itulah yang dialami oleh selebriti popular Rozita Che Wan ataupun lebih mesra dengan panggilan Che Ta.

Dua tahun tak siap

Menerusi laporan Berita Harian, Che Ta memberitahu kontraktor yang dilantik telah gagal menyiapkan projek ‘renovatio’ rumahnya sejak dua tahun lepas.

Setelah banyak wang dibelanjakan, Che Ta yang berang telah memuat naik video melalui laman Instagram miliknya.

Di dalam video tersebut menunjukkan kerja-kerja pengubahsuaian rumahnya yang terletak di Damansara masih tidak selesai.

Menurut Che Ta, siapa yang mampu bersabar lagi apabila sudah masuk dua tahun tak siap.

“Siapa yang mampu bersabar selepas dua tahun, kerja pengubahsuaian dan penambahbaikan rumah saya tak siap-siap.”

Niat bantu bangsa sendiri

Malah Che Ta memberitahu, niat asalnya ingin membantu bangsa sendiri namun hasil yang diterima sangat menyakitkan hati.

“Apabila mengupah kontraktor Melayu atas niat membantu bangsa sendiri, inilah hasilnya. Bukan hendak memalukan orang Melayu, tapi inilah hakikat yang saya hadapi. Kita bagi rezeki, mereka kerja main-main,”

Bukan sekadar masa yang lama, Che Ta juga mengatakan sudah habis jutaan ringgit untuk projek pengubahsuaian kediamannya itu.

Tambahnya lagi, dia melantik kontraktor tersebut kerana saranan dari kenalannya.

“Saya lantik kontraktor ini atas saranan teman. Nampaknya, kadang-kadang, cadangan kawan pun tak boleh pakai,” .

Lari kerja tak siap

Lebih membuatkannya hilang sabar apabila kerja-kerja di bahagian balkoni dan lantai tidak siap tetapi kontraktor sudah melarikan diri.

“Balkoni, lantai, itu dan ini semuanya tak siap. Akhirnya mereka lari. Sekarang saya terpaksa buat pelan B dengan melantik kontraktor baharu menyudahkan semua kerja,”

Che Ta juga mengatakan sudah puas menghubungi nombor telefon dan menghantar mesej kepada kontraktor terbabit, namun, tidak mendapat sebarang respon.

“Saya diberi bermacam-macam alasan seperti seperti sudah berpindah pejabat, kakitangan berhenti kerja dan bermacam-macam perkara lain.”

Rata-rata para peminat Che Ta meminta Ch Ta bersabar dan mendoakan segala urusannya dipermudahkan.

Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan baik dan kontraktor terbabit dapat menyelesaikan kerja yang telah dipertanggungjawabkan.