[VIDEO] Abam Bocey Meninggal Dunia, Ini Luahan Fad dan Achey

Pelawak terkenal Abam Bocey ataupun nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar bin Syed Mohd Redzuan dilaporkan telah meninggal dunia sebentar tadi.

Khabar duka itu telah diumumkan oleh rakannya, Fad Bocey dan Achey di Instagram.

“Allahhuakbar,Allahhuakbar,Allahhuakbar,innalillahiwainnailaihirojiun..kenapa kau pergi dulu bam?kenape tak tunggu aku,aku jauh ni,aku nk peluk cium kauuuuuuuuu”,

 

View this post on Instagram

 

Kenapa awal sangat bam!!!…. mana janji kau…!!… ya Allah… guyss abam dah takda guyss…

A post shared by achey Bocey 013-6408967 (mngr) (@acheykintangkintung) on

Allahyaham Abam disahkan meninggal dunia di kediamannya di Gombak pada pagi Isnin.

BACA: “Saya minta isteri berhenti kerja, saya bayar gaji dia” Abam Mahu Isteri Jadi Suri Rumah Kerana..

Berita mengejutkan tersebut telah disahkan oleh Ali, iaitu adik kepada Abam.

Menurutnya, isteri Abam menghubunginya dan memberitahu Abam tidak sedarkan diri.

“Isteri Abam, hubungi saya dan beritahu abang saya tidak sedarkan diri. Saya bergegas kediaman Abam dan ya, dia sudah tidak bernafas,” katanya gagal mengawal emosi.

Sementara isteri Abam, Nor Hidayah turut mengesahkan perkara tersebut.

Hidayah memberitahu Allahyarham demam dan mengadu kurang sihat sejak dua hari lalu.

“Beberapa hari lepas dia demam dan mengadu sakit kepala. Tetapi bila ajak ke hospital, dia tak mahu.

“Katanya hanya demam dan sakit kepala biasa. Tapi…pagi tadi saya kejutkan untuk solat subuh, namun dia tak ada tindak balas daripada dia,” katanya menangis teresak-esak.

Abam dan Nor Hidayah berkahwin pada 2017 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bin Syed Umar Mokhtar Al-Juffrey, 5 bulan.

Semoga Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman dan beramal soleh.