[VIDEO] Mimie Haris Dedah Wajah Bakal Suami, Pilot Kacak Jadi Pilihan

Pengacara, Mimie Haris berkongsi beberapa keping foto pra perkahwinan di laman Instagram miliknya. Dalam muat naik tersebut, Mimie dilihat mengenakan persalinan kasual berona putih manakala tunangnya yang dikenali sebagai Amir mengenakan sut juruterbang disertakan latar lapangan terbang. Malah wanita berusia 29 tahun ini turut meletakkan tanda pagar #surihatimrpilot. Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada Jun [...]

Selebriti terkenal dan juga pengacara, Mimie Haris telah berkongsi beberapa keping gambar pra perkahwinan di laman Instagram miliknya hari ini.

Menerusi muat naik itu, Mimie dan pasangannya dilihat mengenakan pakaian kasual berwarna putih.

Tunangnya yang dikenali sebagai Amir mengenakan uniform juruterbang.

“Segala kekurangan , semua kelemahan kau jadikan cinta ~ #countingdays #amirxmimie #prewedding #preweddingphoto #surihatimrpilot #mimiexamir”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ميمي هاريس (@mimieharis) on

Berusia 29 tahun, Mimie turut meletakkan tanda pagar #surihatimrpilot menandakan bakal suaminya itu seorang juruterbang.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ميمي هاريس (@mimieharis) on

“Ehem.. ingat senang ke nak dapat shot cantik untuk sesebuah photoshoot? .. Dengar tak suara photographer kami @syed.izmir kt situ

“Dengan hujan panas berkicap , ribut taufan tau.. I nak salute to my #officialphotographer #amirxmimie team @tgs.prewed yang sanggup berhempas pulas tungging terbalik untuk mendapatkan imej yang padu ! . .

“I’ll definately going to upload the photos soon .. .#weddingpreparation is not the easy things . I have so little time to get everything done. May Allah ease our journey.. #kunfayakun Thanks team #amirxmimie”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ميمي هاريس (@mimieharis) on

Beberapa hari sebelum itu, rakan-rakan Mimie telah mengadakan bachelorette party untuk Mimie Haris di Melaka.

“Mereka penyebab kejadian ini berlaku . True friends and sister are always together in spirit . Thank u soo much for this i love u all eternally #Mimiebridesquad #mimiebacheloretteparty #girlstrip #amirxmimie”

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ميمي هاريس (@mimieharis) on

Sebelum ini Mimie dan Amir telah mengikat tali pertunangan pada bulan Jun tahun lepas.

Mimie sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama seorang usahawan, Nizam Mohammad Ibrahim pada 23 Disember 2015.

Namun begitu, pasangan ini membuat keputusan membawa haluan masing-masing dan berpisah pada Ogos 2016.