“Saya masih sayangkan dia” Talak PU Abu Tak Sah, Ini Keputusan Terbaru Mahkamah

Semua pasti sedia maklum dengan kisah kemelut rumahtangga pendakwah muda program realiti Pencetus Ummah, PU Abu Sufyan dan isterinya Ain ‘Afini Latif yang tular sebelum ini.

Nampaknya kisah mereka menemui penutupnya apabila Mahkamah Rendah Syariah Klang memutuskan lafaz talak yang dibuat oleh PU Abu adalah tidak sah.

PU Abu sebelum ini menghantar mesej talak menerusi aplikasi WhatsApp pada 13 Mac lalu.

Hakim Syarie, Mohd Nuruazhar Tohar telah membuat keputusan itu pada hari Rabu selepas menerima sumpah yang dibuat Abu Sufyan.

Berikut adalah transkrip perbicaraan PU Abu menurut laporan Sinar Harian.

Hakim: Kamu ada taip WhatsApp tersebut?

Abu Sufyan: Iya

Hakim: Kamu ada taip mesej dan baca dalam hati?

Abu Sufyan: Iya

Hakim: Kamu sedar pada masa itu?

Abu Sufyan: Sedar

Hakim: Adakah kamu dipaksa?

Abu Sufyan: Keadaan yang memaksa

Hakim: Tetapi kamu tidak dipaksa?

Abu Sufyan: Tiada

Hakim: Kamu ada niat untuk menceraikan isteri sewaktu menghantar mesej tersebut?

Abu Sufyan: Tidak. Saya tidak berniat untuk menceraikannya

Hakim: Ada kamu lafaz yang lain?

Abu Sufyan: Tidak ada

Hakim: Kami sanggup bersumpah?

Abu Sufyan: Iya.

Hari ini juga merupakan ulangtahun kelahiran isteri PU Abu tersebut, Ain ‘Afni Latif.

Abu Sufyan mengakui lafaz menerusi WhatsApp itu daripadanya rentetan daripada kronologi yang panjang.

Baca: “Yeayy, Beli Barang Baby & Berikan Rm10,000 Kepada Bekas Isteri Untuk Nafkah”-PU Abu

“Sejujurnya saya tidaklah berniat secara total untuk melepaskannya melainkan permintaan isteri.

Abu juga mengakui masih sayangkan Ain dan mahu bertanggungjawab terhadap anak di dalam kandungan.

“Saya masih sayangkan dia, saya masih mahu bersamanya dan tanggungjawab terhadap anak yang berada dalam perut isteri.

Abu mengakui kesilapannya yang meninggalkan isteri yang sedang sarat dan memohon maaf kepada Ain.

“Saya mengakui kesilapan kerana meninggalkan isteri. Saya mohon maaf kepada isteri, keluarga isteri. Saya tidak pernah berniat,” katanya.

Ain ‘Afni menangis teresak- esak sejurus mahkamah membuat keputusan tersebut dan hibanya tidak mampu dibendung sebaik sahaja melangkah keluar dari mahkamah.

Ain terpaksa ditenangkan oleh kedua- ibu bapa serta keluarganya.

Ain dijangka melahirnya bayinya pada 10 Julai depan.

Sebelum ini, PU Abu didakwa meninggalkan isterinya yang sarat mengandung 7 bulan demi seorang janda bernama Hana Azraa.

PU Abu dan Hana Azraa mengesahkan mereka sudah bernikah sebelum ini.