Farid Kamil Dipenjara 9 Bulan, Ini Kenyataan Terbaru Isterinya Diana Danielle

Siang tadi, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil Zahari telah pun dijatuhi hukuman pennjara sembilan bulan oleh Mahkamah Majistret.

Rentetan daripada itu, Instagram isterinya Diana Daniell telah dihujani dengan kata-kata semangat di ruangn komen.

Rata-rata netizen merasa kasihan kepadanya memandangkan kini adalah bulan Ramadhan dan tak lama lagi kita akan menyambut hari raya Aidilfitri.

Terbaru, Diana Danielle telah memuat naik sekeping gambar bersama Farid Kamil dan anak-anaknya di laman Instagram miliknya itu.

Life throws us lemons but we have mastered the art of making lemonades. 
We love you so so so so much no matter what.

Menurutnya, dia dan keluarga tetap menyayangi suaminya itu tidak kira apa pun yang terjadi.

Walaubagaimanapun, Diana menutup ruangan komen pada gambar tersebut mungkin untuk mengelakkan sebarang komen yang tak bertanggung jawab daripada netizen.

Diana dan Farid Kamil berkahwin pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua orang anak iaitu Muhammad dan Nur Aurora

Semoga Diana dan keluarga tabah meneruskan kehidupan bersama anak-anak tersayang.