“Saya mengaku bergambar dengan Aliff” Akhirnya ‘Minah Rempit’ Ini Membuat Kenyataan

Susulan daripada isu Aliff Aziz yang didakwa berlaku curamg lagi terhadap Bella, Netizen berterusan meninggalkan komen di laman Instagram milik ‘minah rempit’ itu.

Rata-rata menyatakan rasa tidak puas hati dan merasa hairan bagaimana Aliff boleh terpikat dengan perempuan sebegitu.

Terbaru, melalui kemaskini di Instagram, di dalam satu posting Nismell telah membuat kenyataan memohon maaf dan mengakui dirinya di dalam gambar tersebut bersama Aliff.

Walaubagaimanapun dia menafikan melakukan apa-apa bersama Aliff Aziz kerana mereka berada di dalam private party dengan ramai kenalan.

Malah dia menyatakan jika netizen mahukan jawapan sebenar boleh bertanya kepada Aliff Aziz sendiri.

Saya minta maaf sangat2 semua tu bukan salah saya dn semua ni dri kawan yg dengki sampai post mcm2 hingga la jadi isu sampai mcm ni klau rasa tak tahu kebenaran boleh tanya alif sendiri.


Nismell mengaku dia menangkap gambar bersama Aliff Aziz di dalam private party yang dianjurkan bersama rakan-rakan.

Baca: [VIDEO] Aliff Aziz Kantoi ‘Check in’ Dengan Minah Rempit Pulak?

Sebelum ini media sosial heboh apabila satu foto Aliff Aziz bersama gadis ini tersebar.

Pengguna laman Twitter mula membicarakan gambar tersebut yang kelihatan individu mirip Aliff Aziz selfie tanpa memakai baju bersama seorang remaja perempuan.

Gambar tersebut dipercayai dimuat naik oleh seorang gadis yang bengang bila wanita yang menjalin hubungan dengan Aliff enggan membayar hutang kepada abangnya.

Remaja yang dikatakan bersama Aliff Aziz itu bernama Nismell melalui Instagramnya.

Rentetan daripada itu, ramai netizen terutamanya peminat Bella telah meninggalkan komen dan DM di Instagram Bella bertanyakan tentang isu ini.

Isteri Aliff Aziz, bella Astillah baru saja mengeluarkan kenyataannya di Instagram di mana Bella dan anaknya akan terus move on dengan hidup mereka.

Di dalam satu posting terbaru, Bella telah memuat naik sekeping gambarnya bersama anaknya dan menjelaskan duduk perkara sebenar.

Semua peminat mendoakan yang terbaik buat Bella dan anaknya.