“Yeayy, Beli Barang Baby & Berikan Rm10,000 Kepada Bekas Isteri Untuk Nafkah”-PU Abu

Baru-baru ini telah tular mengenai keretakan rumahtangga PU Abu yang dikatakan menceraikan isterinya yang telah sarat mengandung kerana orang ketiga. Netizen turut panas mengenai isu ini yang dikatakan seorang suami tidak menghargai isteri.

Lebih menghangatkan lagi isu ini, bekas isteri PU Abu sendiri menularkan cerita rumahtangga mereka kerana ingin  memberi pengajaraan buat ramai wanita diluar sana.

PU Abu sehingga kini masih tidak memberikan sebarang komen mengenai rumahtangganya yang diselar netizen kerana perlakuannya itu sehingga sanggup menceraikan isterinya yang sedang sarat mengandung hasil dari perkahwinan mereka.

Setelah tular isu itu, PU Abu juga diselar kerana mengabaikan bekas isterinya yang sedang sarat mengandung  tujuh bulan, namun kenyataan itu disangkal olehnya yang memuat naik status di laman Instagramnya.

Menerusi Instagramnya, PU Abu menyatakan dia tidak lupa tanggungjawabnya dan memperuntukan sejumlah wang sebanyak RM10 000 untuk diberikan kepada bekas isterinya sebagai nafkah dan urusan menyediakan kelengkapan bayi mereka yang bakal lahir tidak lama lagi.

Memuat naik status mengenaikan peruntukan nafkah kepada bekas isteri

“Saya telah memberikan wang berjumlah hampir RM10, 000 kepada bekas isteri untuk urusan nafkah dan barang-barang baby. Harap maklum,” ujarnya.

“Program hari ini, shooting dengan hlive . Tengok rumah then beli barang baby, Yeay.”

Beliau memuat naik mengenai isu ini membalas reaksi netizen terhadapnya yang dikatakan mengabaikan bekas isteri dan baby yang bakal lahir nanti.

Ramai netizen meluahkan rasa simpati terhadap bekas isterinya yang terpaksa mengharungi sendiri fasa kehamilan dan berhadapan dengan krisis rumah tangga disebabkan kehadiran orang ketiga.

“Kasihan bekas isteri pergi beli barang bayi sorang-sorang. Bukan nak masuk campur cuma saya pun pernah hamil dan tahu rasa macam mana pergi beli barang bayi tak berteman suami” komen netizen.

“Ni tak ada kerja muat naik gambar. Barang keperluan baby dah beli ke belum. Anak bakal lahir tu. Jangan sibuk dengan janda saja,” komen netizen.

Itu antara komen pedas yang ditinggalkan, PU Abu hanya membalas ‘okay’ berserta emoji ciuman.