Samakan Nabi Dengan Khinzir, Netizen Mohon PDRM Cekup Lelaki Ini

Penghinaan kepada agama Islam sejak akhir-akhir ini semakin berleluasa dilihat. Lebih teruk, sudahlah mempersendakan agama, dimuat naik pula di media sosial!

Ada yang beranggapan individu-individu ini menggunakan cara memburuk-burukkan Nabi Muhammad SAW dan Allah SWT hanya untuk meraih publisiti murahan.

Walau bagaimanapun, kita sebagai rakyat Malaysia yang hidup harmoni tidak sepatutnya mempersendakan mana-mana agama lebih-lebih lagi agama rasmi negara iaitu Islam.

Hari ini, seorang pendakwah selebriti, Pencetus Ummah Syed Bakri Al-Yahya memuat naik semula sebuah video seorang lelaki menghina agama Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Menurut video yang dikongsi, lelaki yang berambut panjang dan mengenakan baju t hitam mewujudkan persoalan kepada kaum Melayu yang beragama Islam.

Bukan itu sahaja, dia malah menyamakan Nabi Muhammad SAW dengan kambing dan khinzir.

“Aku nak tanya pada Melayu Islam yang babi, Nabi Muhammad kau itu sebenarnya kambing babi. Allah kau itu babi. Islam kau itu sial. Sekarang aku nak kau try (cuba) jawab dengan aku dulu,” kata lelaki yang menghina Islam itu.

Video berdurasi 36 saat itu telah mengundang marah umat Islam di negara ini kerana lelaki tersebut berani melontarkan kata-kata kesat kepada Allah dan pesuruhNya.

Selain PU Syed, orang ramai di ruangan komen juga berharap agar PDRM dapat mengesan lelaki ini dan mengambil tindakan yang sepatutnya buat memberi pengajaran.

Selain itu, mereka turut berharap isu mempersendakan agama yang semakin melampau ini dapat dibendung.

Berikut antara komen-komen yang diberikan oleh netizen di Instagram


Video yang tular di laman TikTok