Sahabat Hingga Liang Lahad, Lelaki Dijemput Ilahi Ketika Kebumikan Jenazah Rakan

Ramai diantara kita mempunyai sahabat karib samada membesar bersama sejak dari kecil mahupun sahabat karib sewaktu dibangku sekolah atau di tempat kerja.

Pastinya bila kehilangan sahabat karib buat selamanya sesuatu yang pasti dirindui dengan kenangan yang tersimpan sewaktu bersama.

Satu perkongsian oleh Mr Wan Cai Official menerusi laman sosila Facebook mengenai seorang rakan kepada jenazah yang sedang dikebumikan turut sama menghembuskan nafas terakhir ketika di tanah perkuburan.

“Assalammualaikum, salah seorang rakan kepada jenazah ke-140 yang disrang sakit jantung ditanah perkuburan islam selat klang telah disahkan kembali kerahmatullah sebentar tadi oleh pihak hospital”.

“Pengalaman paling berharga yang kami dapat hari ini ketika sedang menguruskan jenazah”.

“Sebelum terjatuh akibat srangan jantung, arwah menolong untuk mengangkat jenazah ke arah liang lahad”.

“Ketika tali yang memikul keranda dimasukkan ke dalam liang lahad, saat itu lah arwah terus terjatuh ke tanah terkena serrangan jantung selepas tali dilepaskan”.

“Seolah olah tali sakaratulmaut menyinggah kepada arwah pula. Sempat juga rakan rakan lain yang berada ditanah perkuburan cuba untuk membantu dengan memberi bantuan cpr kepada arwah”.

“Bantuan Mulut ke mulut,tekan didada berkali kali semua dilakukan demi untuk menyelamatkan arwah”.

“Ambulan sampai selepas 40 minit dihubungi dan ketika itu bacaan talqin untuk jenazah ke-140 baru sahaja habis dibaca oleh ketua bilal jenazah kami”.

“Arwah dibawa ke hospital bahagian unit rawatan rapi untuk cuba diselamatkan tetapi tetap tidak dapat diselamatkan. Ajal itu hadir tidak cepat sesaat tidak lambat sesaat”.

“Moga urusan untuk menguruskan jenazah meran yang juga abang kepada rakan saya iaitu maizan dipermudahkan”

Salam takziah kepada keluarga arwah dan semoga kita sama-sama mengambil iktibar dari cerita ini.