[VIDEO] Penyanyi Wanita India Ini Dodoi Anak Dengan Zikir Hasbi Rabbi, Ini Sebabnya

Sudah menjadi kebiasaanya bagi ibu atau bapa yang mempunyai anak kecik atau bayi mendodoikan anak-anak dengan alunan zikir sebelum tidur.

Pelbagai zikir dialunkan oleh ibu atau bapa ketika bayi masih kecil supaya mereka sentiasa mencintai zikir-zikir ini sehingga dewasa.

Walaupun ada ketikanya ibu bapa tidak sempat mengalunkan zikir tersebut namun kebiasaanya zikir tersebut akan dipasang melalui telefon pintar.

Menerusi satu perkongsian oleh video yang telah tular menerusi laman sosial Twitter mengenai alunan zikir untuk anak-anak.

Apa yang lebih menarik adalah, pengakuan dari seorang penyanyi wanita India ini yang mengalunkan zikir Hasbi Rabbi untuk mendodoikan anaknya.

Pengakuan itu ternyata mengejutkan bagi kita apabila orang bukan Islam juga turut mengamalkan zikir dalam kehidupan seharian mereka.

Kenyataan itu telah dibuat oleh seorang artis wanita Sithara Krishnakumar, dalam satu rancangan bual bicara Tamil di India.

Menerusi video tersebut, pengacara mengajukan soalan kepada penyanyi tersebut mengenai lagu yang sering dinyanyikan untuk mendodoi anaknya.

Nyata, apa yang keluar dari mulut penyanyi wanita itu menarik perhatian ramai yang mana wanita itu turut mengalunkan zikir itu secara langsung.

Penyanyi wanita ini mengalunkan zikir Hasbi Rabbi sebagai lagu untuk mendodoikan anaknya.

Menurutnya lagi, walaupun sudah banyak jenis lagu yang dinyanyikan, namun anaknya tetap mahukan lagu yang beralun dan berbahasa arab.

Menerusi video tersebut, Sithara Krishnakumar mengalunkan sedikit zikir Hasbi Rabbi ini, ramai yang terkesima dengan suaranya itu.

Walaupun dia berlainan agama, tetapi masih lagi mampu mengalunkan zikir ini dengan hampir sempurna.

Alhamdullillah syukur, orang bukan islam pun suka dengar dan alunkan zikir. Semoga suatu hari nanti hati mereka terbuka untuk mengenal dan memeluk Islam.