[VIDEO] Sukar Berdiri & Tangan Kudung Namun Gigih Solat Dalam Keretapi Bergerak

Solat lima waktu adalah satu ibadah yang wajib dituntut dalam Islam. Oleh itu, setiap Muslim jika sudah mencapai umur baligh wajib ke atasnya mengerjakan solat.

Namun begitu, tidak semua dari kita mengambil berat mengenai soal mengerjakan solat walaupun tiada halangan dari segi fizikal dan sempurna anggota badan.

Setiap muslim wajib mengambil berat solat 5 waktu walaupun dalam keadaan sibuk kerana solat itu tidak mengambil masa yang lama.

Kurang Upaya namun gigih mengerjakan solat

Menerusi satu video yang tular di laman sosial Facebook dari SBR News ramai netizen tersentuh hati melihat kanak-kanak kurang upaya ini.

Video itu memaparkan seorang kanak-kanak lelaki yang cacat anggota badan sedang bersolat di dalam keretapi yang sedang bergerak telah menyentuh emosi.

Walaupun sukar berdiri, namun kanak-kanak itu masih mengerjakan solat

Dalam keadaan keretapi yang bergerak bayangkan, dalam keadaan kaki yang sukar untuk berdiri dengan betul dan kedua tangannya kudung, kanak-kanak lelaki tersebut tekad untuk tidak meninggalkan solatnya.

Tersentuh hati melihat kegigihan kanak-kanak itu menghabiskan solat dalam keadaan yang sukar berdiri namun masih mampu menghabiskan solatnya dengan sempurna.

Dalam apa keadaan pon kanak-kanak ini masih mementingkan ibadah solatnya dan cuba melaksanakannya dengan sebaik mungkin.

Semoga kanak-kanak ini dijadikan inspirasi dan teladan kepada semua serta berjaya membuka mata semua untuk melaksanakan ibadah solat.

Apakah alasan untuk kita tidak mengerjakan solat. Dilahirkan dengan mempunyai tubuh badan yang sihat dan sempurna, tapi masih liat untuk melakukan ibadah.