Rumah Hampir Roboh Angkara Jiran Pentingkan Diri, Dakwa Sudah Buat 3 Laporan Namun Tiada Respon

Rumah Ku Syurga Ku, itulah pepatah yang sering kali kita dengar. Pasti setiap daripada kita mengimpikan sebuah rumah yang cantik dan selamat untuk dijadikan tempat berteduh.

Pun begitu, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengguna TikTok iaitu @rakeshbathumalai meluahkan rasa kecewa apabila struktur rumahnya terjejas apabila jiran di sebelah rumah menambah binaan.

Manakan tidak, rumah pada masa kini bukanlah murah bahkan semakin meningkat, siapa yang tidak marah bukan?

Menerusi video tersebut, dapat dilihat kawasan rumah tersebut adalah rumah teres 1 tingkat tetapi jirannya telah menambah binaan menjadikan rumah teres 2 tingkat.

Menurut Rakesh, pihak Majlis Perbandaran Klang ke rumahnya dan menandakan keretakan dan kerosakan di rumahnya tetapi masih tiada tindakan lanjut sehingga sekarang.

Tidak cukup dengan itu, Rakesh juga hairan bagaimana pihak berkuasa boleh meluluskan pembinaan tambahan jirannya tanpa mengambil faktor risiko yang boleh berlaku apabila binaan siap.

“MPK rasuah, hancurkan rumah saya. dengan kelulusan yang diberi tampa usul periksa dengan betul.” ujarnya berang

Dalam video tersebut, dia menunjukkan beberapa sudut rumahnya yang kelihatan sangat berbahaya dimana terdapat banyak retakkan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen berang dengan sikap jirannya yang mementingkan diri sendiri dan tidak memikirkan orang lain.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga simpati apabila mengetahui rumahnya turut dirompak oleh penyamun.

Antara komen warga maya:

“zaman sekarang viral je yang jalan.. setakat report diorang buat tak tau je..”

“dah ada tanda tanda runtuh..”


“teruk gila kot rumah dia jadi.. ni nak tinggal pun takut”

Video yang tular di laman TikTok:

@rakeshbathumalai MPK rasuah, hancurkan rumah saya. dengan kelulusan yang diberi tampa usul periksa dengan betul. #fypシ゚viral ♬ original sound – rakeshbathumalai