Jari Budak Lelaki Tersepit Dalam Corong Sehingga Perlu Bantuan Bomba, Netizen Ngeri Tengok Luka

Dalam fasa membesar, ada sahaja yang hendak dilakukan oleh anak-anak dan terkadang tidak tercapai dek akal.

Bukannya satu perkara baharu yang sering kita dengar di media sosial, ada yang tersangkut kepala di kerusi, tangan tersangkut dalam botol, kepala tersangkut dalam kon dan banyak lagi.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana jari seorang budak lelaki tersangkut di dalam sebuah corong mencuri perhatian ramai.

Jika dilihat semula, entah bagaimana ianya boleh tersangkut malah situasi tersebut memerlukan bantuan daripada pihak Jabatan Bomba & Penyelamat.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang juga merupakan seorang bomba iaitu @aleppp_, kelihatan budak lelaki tersebut menahan kesakitan apabila jarinya tersangkut di dalam corong.

Beberapa orang bomba datang dan bertindak untuk memotong corong menggunakan peralatan khas yang sedia ada.

Pun begitu, apa yang membuatkan ramai ‘geram’ adalah apabila budak lelaki tersebut mengeluarkan suaranya yang kecil dan sangat comel.

Dalam masa yang sama netizen simpati melihat keadaan tangannya yang luka gara-gara tersepit di dalam corong.

Menjawab persoalan netizen, penyelamat ini memaklumkan pihak mereka tidak menggunakan sabun untuk mengeluarkan jarinya atas beberapa sebab dan diantaranya adalah jari sudah terkepit bahkan akan membuatkan jari budak lelaki ini terkoyak jika ditarik.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen hairan bagaimana jari budak tersebut boleh tersepit malah sempat berpesan agar lebih memantau anak yang sedang membesar kerana ada kelakuan mereka yang diluar jangkauan penjaga.

Tidak cukup dengan itu, netizen juga berterima kasih kepada penyelamat yang datang membantu budak lelaki tersebut dan bersyukur tiada sebarang kecederaan serius yang berlaku.

Berikut merupakan komen warga maya:

“kenapa dek oi cari pasai betoii”

“kadang2 memang pelik2 kan.. anak jiran masukkan tungku dapo gas kat kepala”


“anak2 kalau nak membesar, akai dia lain macam tau”

Video yang tular di laman TikTok:

@_alepp_steady dik !

♬ Powerful songs like action movie music – Tansa