“Takde duit jangan bawa mak bapak makan” Peniaga Biadap Dikecam Netizen

Apabila kita berniaga, benda yang paling utama perlu kita jaga adalah akhlak. Bukan sahaja dari segi kebersihan dan sebaliknya malah dari segi pertuturan kerana cara bertutur melambangkan siapa diri kita yang sebenarnya.

Namun, lain pula ceritanya dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang makcik ‘puaka’ yang dikatakan selamba ‘sound’ pelanggan mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian @isusemasaviral di Twitter, seorang wanita sempat merakam aksi peniaga yang sedang rancak menjerit maki hamun kepada pelanggannya oleh kerana bertanyakan lauk sahaja.

“Sedih tau, kita datang nak antau duit kat org tp layanan yg mcmmana mereka balas ni? Fmly aku dtg pkl 2petang, dtg tengok lauk kat cermin normal la customer. And tanye lauk ni je yg tinggal kak? Akk kat cermin tu jawab ha ye”

“sbb ada ikan pari aku terus order semua suruh hidang maknanya ada le lauk lagikn. Kalau hbis kau ckp le hbis, makcik puaka menyampuk
‘kau dtg dh pkl berapa kalau ada gajah, gajah pun habis’”

Difahamkan tiada sebarang kata maaf diucapkan sepanjang wanita ini dan keluarganya berada di kedai makan tersebut.

Wanita ini juga akui ‘panas’ mendengar makcik tersebut membebel tentang keluarganya dengan menggunakan perkataan yang kasar namun masih tenang apabila melihat wajah keluarga yang datang daripada jauh.

Wanita ini juga sempat mendedahkan jumlah keseluruhan makanan yang dikira RM 240 bahkan tidak kena dengan apa yang diambil. Namun oleh kerana malas hendak memanjangkan isu, wanita ini bayar tanpa berfikir panjang.

“Dengan apa yg kami makan bil RM240 tanpa tanya-tanya aku bayar jela. Aku rasa bebel radio buruk makcik tu kot sekali kene cas sampai RM240 tu. Kalau betul dia kira halalkan kalau main tikam dunia akhirat aku tak halalkan”

Makcik tu juga sempat menghina wanita ini dan memberitahu kepadanya agar tidak membawa ahli keluarga makan di kedainya jika tidak mempunyai wang.

“takda hasil le tu makan telur dadar je, takde duit jangan bawak mak bapak makan” ujar peniaga itu.

Meninjau di ruangan komen rata-rata warga netizen berang dengan sikap makcik tersebut yang dilabel sangat biadap bahkan.

Bukan itu sahaja malah netizen juga mengatakan bahawa orang yang lahir daripada negeri yang sememangnya famous dengan ‘bercakap kasar’ bukanlah satu tiket untuk biadap.

Antara komen warga maya:

Video yang tular: