“RM500 Juta, Tunai” Pengantin Lelaki Tersasul Sebut Mas Kahwin Gara-Gara Terlalu ‘Nervous’

Perkahwinan sudah tentu merupakan saat yang menjadi impian setiap pasangan. Di dalam proses perkahwinan, akad nikah merupakan salah satu saat yang paling getir dan mendebarkan sang pengantin khususnya pengantin lelaki.

Melalui si wali, dengan satu genggaman tangan sahaja dan luahan akad nikah ‘Saya Terima’ sudah cukup menggetarkan lutut si lelaki tersebut.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang pengantin lelaki terlalu gemuruh sehingga ‘tersasul’ semasa akad nikah mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @msamdanial, lelaki itu tersasul menyebut RM500 juta berbanding RM500 ketika sesi pernikahannya berlangsung.

Susulan perkara itu, situasi yang senyap dan serius itu bertukar menjadi riuh apabila ramai yang tidak dapat menahan ketawa dek kerana mendengar kesalahan lelaki tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen terhibur melihat gelagat lelaki tersebut yang terlalu ‘nervous’ sehingga tersasul.

“harga buah pinggang pon tak sampai juta bang, mana dapat duit ni bang” – Netizen

Tidak cukup dengan itu, ada juga netizen yang berkongsi pengalaman lucu masing-masing sewaktu sesi ijab dan kabul.

“menang loteri ke bang sampai 5 juta”

“kalah artis.. 7 keturunan makan tak habis dik..”


“abang jangan jadi punca mas kahwn naik.. naya kami..”

“main nombor ekor ka ban sampai 500 juta”


Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman TikTok:

@msamdanialNERVOUS AKAD NIKAH PUNYA PASAL SAMPAI AKU PUNYA MAS KAHWIN JADI RM 500 JUTA TUNAI 😂😂😂😂♬ original sound – Sam Danial