Lakukan Cabaran Malaikat Maut Untuk ‘Content’, Lelaki Maut Digilis Lori

Pada zaman kini, manusia sanggup bertindak melakukan perkara yang tidak sepatutnya semata-mata demi ‘content’ murahan bahkan ada yang sanggup membahayakan nyawa sendiri.

Sebelum ini pun ramai ‘youtuber’ yang dikecam kerana memuat naik ‘content sampah’ yang jelas ingin mengaut viewers semata-mata dan mengundang kecaman netizen.

Sama juga dengan kisah yang tular baru-baru ini dimana seorang lelaki maut dilanggar lori gara-gara melakukan challenge yang dipanggil #malaikatmaut yang mana cabaran ini memerlukan pengguna TikTok untuk melompat di hadapan lori yang bergerak laju.

Cabaran ini telah membuatkan sebahagian daripada mereka maut dan ada juga yang cedera parah.

Menerusi video yang tular, dapat kita lihat 3 orang kanak-kanak menjalankan cabaran itu, hanya 1 daripada rakan mereka dilanggar lori yang cuba dihentikan olehnya. Remaja yang terlibat dalam kejadian tersebut meninggal dunia akibat dilanggar.

Apabila diperhatikan, dua orang rakannya berjaya melompat keluar dari laluan lori itu tepat pada masanya namun seorang daripada mereka digilis lori setelah gagal untuk mengelak.

Menurut laporan CNN Indonesia, ini bukanlah kejadian pertama dimana ada yang meninggal dunia akibat trend tersebut malah dalam kejadian berasingan, ada juga Tiktokers yang meninggal dunia dan rakannya menerima rawatan kerana cedera parah.

“Di TikTok, terdapat ‘Cabaran Malaikat Maut’, di mana mereka kelihatan seolah-olah mereka akan dilanggar (oleh trak) dan mereka bergerak ke tepi. Daripada penjelasan saksi, niatnya (mangsa) hanyalah untuk menjadi terkenal, kerana ia tular. Itu berbahaya,” kata pihak berkuasa Indonesia.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan ianya adalah satu trend ‘bodoh’ yang mempertaruhkan nyawa sendiri dan sepatutnya konten sebegini tidak patut diikuti.

Bukan itu sahaja, netizen juga menganggap bahawa ramai pengguna sosial media yang mudah terpengaruh dan melakukan sesuatu konten tanpa berfikir dahulu malah sanggup melakukan apa sahaja untuk jadi terkenal.

Antara komen warga maya:

Video yang tular di laman Twitter: