“Kena Jilat Meja Ke?” Menu ‘Sweet Table’ Fazley Yaakob Dikritik, Netizen Berang Main Campak Makanan

Siapa yang tidak kenal dengan Chef selebriti pujaan ramai iaitu Dato Fazley Yaakob yang sentiasa suka bereksperimentasi dengan masakan beliau, malah sangat dikenali di Malaysia.

Pun begitu, baru-baru ini dia menjadi bualan ramai apabila persembahannya dikritik kerana dikatakan mencampak makanan mencuri perhatian ramai.

Menerusi video yang di muat naik, dia dikatakan sedang melakukan persembahan ‘campak-campak’ makanan di atas meja yang dikenali sebagai Sweet Table di restorannya.

Bagaimana pun, ada netizen yang mengatakan ianya adalah satu pembaziran dan meniru gaya barat.

Tampil menjelaskan, dia memaklumkan penonton yang hadir sangat kagum melihat persembahan dan makanan yang dihidangkan habis ‘licin’.

“CAMPAK2 MAKANAN?! Setiap kali saya upload video “Sweet Table” ada ramai yang pertikaikan tentang pembaziran lah, tiru budaya barat lah, tidak sopan lah, kotor lah lepastu siap tanya ‘Kena jilat meja ke?!'”

“Namun, untuk mereka yang hadir depan mata, mereka menikmati ‘persembahan’ ini dari mulanya muzik, menyusun potongan kek, kuih, pastries, melukis abstrak menggunakan krim dan sos, menabur serpihan macarons dan gula berwarna, hingga detik BEREBUT manisan yang dah target dari mula dan menjilat jari kesan menggunakan tangan mengambil dessert ini semua sampai HABIS LICIN.”

“Macam2 saya siapkan, dari macaron, eclairs, lemon meringue tart ke pisang goreng, kuih keria dan ice cream potong pun ada!”

Meninjau di ruangan komen, rata-rata warga netizen menyifatkan ianya merupakan seni dalam masakan dan ada juga yang tidak sabar untuk merasa air tangan Chef Dato Fazley.

Bukan itu sahaja, ada juga yang akui makanan tersebut kelihatan sangat menarik dan sedap malah bukanlah kotor seperti yang diperkatakan.

Antara komen warga maya:

“ni namanya seni dalam makanan”

“best nye dato, dah macam pertunjukkan makanan kat got talent pulak”


“this is art. Culinary art.. masterpiece..”

Video yang tular di laman Instagram:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Dato’ Fazley Yaakob (@fazleyyaakob)