“Risau teramat sangat..” Ustaz Ebit Lew Sewa Pesawat Hantar Bantuan Kepada Petugas Kesihatan ke Sabah

Pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang terkenal dengan usaha-usaha murni dalam membantu rakyat Malaysia, kali ini beliau muncul sekali lagi dalam membantu mereka yang terjejas dalam keadaan yang sukar di Sabah.

Ustaz Ebit Lew sekali lagi membuatkan banyak pihak terharu kerana telah menghulurkan bantuan yang sangat diperlukan untuk kegunaan petugas kesihatan di sana.

Menerusi perkongsian yang dibuat oleh Ustaz Ebit Lew di laman Facebook, beliau telah menggunakan perkhidmatan pesawat kargo Raya Airways untuk menghantar bantuan keperluan kepada petugas kesihatan di Sabah.

BACA: Masalah Air Lagi di Selangor, Ustaz Ebit Lew Bergegas Beli 2 Lori Air Agih Kepada Penduduk

Antara bantuan yang disalurkan oleh Ustaz Ebit Lew adalah set PPE, Pelitup Muka, Face Shield serta pelindung kasut untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan petugas kesihatan di Sabah.

Ustaz Ebit Lew turut memohon rakyat Malaysia semoga berdoa untuk Sabah sentiasa kuat dalam menghadapi situasi pandemik Covid-19 ini.

“Doakan yer..risau teramat sangat baca tentang saudara kita di sabah. Ramai mesej saya minta bantuan.

“Terus pagi ini hantar barang medikal ke Sabah.. Saya sumbangkan barang medikal set PPE dengan spec, Face Shield,mask, shoe cover untuk keperluan kakitangan hospital, klinik dan frontliner di Sabah.

“Saya guna perkhidmatan Raya Airways kargo. Doakan yer insyaAllah semoga Allah selamatkan Sabah…sayang orang Sabah sangat”

Menerusi ruanagan komen perkongsian tersebut, netizen-netizen turut membanjiri ruangan komen dengan mengucapkan terima kasih dan berdoa kepada beliau kerana sering menjadi penyelamat dalam situasi pandemik ini.

Sebelum ini Ustaz Ebit Lew baru saja menziarahi pemandu teksi di lapangan terbang KLIA.

Menerusi perkongsian di laman Facebook miliknya, Ebit telah berkongsi beberapa foto ketika bertemu dengan pemandu-pamandu teksi.

Suasana sayu menyelubungi apabila Ebit bertanyakan tentang pendapatan mereka di saat pandemik Covid-19 semakin menggila sekarang.

Ada yang hanya mampu membawa pulang sekitar RM80 sahaja untuk seminggu.

Dalam kesempatan itu, Ustaz Ebit sempat memimpin bacaan doa khas buat mereka agar dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan seharian mereka semua.