Risau Rider Tercari-cari, Lelaki Ini Kongsi Cara Betul Hantar Lokasi Melalui WhatsApp

Penggunaan aplikasi penghantaran makanan semakin tinggi sejak pelaksanaan PKP akibat daripada pandemik Covid-19.

Di antara masalah yang sering timbul adalah rider lambat samapi kerana tidak menjumpai lokasi penghantaran.

Apabila disiasat kebanyakannya berpunca daripada pelanggan yang tersilap menghantar lokai kepada mereka.

Untuk mengelakkan masalah ini berlarutan, seorang pengguna Facebook bernama Wan Chu, telah berkongsi cara sebenar untuk berkongsi lokasi menggunakan Whatsapp.

Beliau telah berkongsi cara tersebut menerusi satu Group di Facebook, Meru Residents Official.

Cara betul send location Whatsapp

Saya nak share cara-cara yang betul untuk send location melalui aplikasi WhatsApp pada tetamu atau food rider.

Area Meru (Klang) ni ramai yang tinggal di rumah-rumah lot sama ada sewa atau buat sendiri.

Tapi cara ni terpakai juga untuk yang tinggal di taman-taman perumahan. Sebabnya di Meru ni apa yang unik, setiap jalan ada 3 ke 4 Taman dengan nama yang sama.Taman Meru Damai sahaja dah ada 5.

So agak sukar bagi tamu-tamu luar Meru untuk cari. Dan lebih haruuu bila tuan rumah cakap hantar lokasi je mesti salah juga

Ini Cara Betul Hantar Lokasi Melalui Aplikasi WhatsApp

  • Buka WhatsApp
  • Tekan simbol klip kertas
  • Pilih location
  • Tengok kat ‘send your current location’
  • Nampak ada tulis dalam meter (contoh : Accurate to 20 meters)
  • Perhatikan nombor itu berubah
  • Bawa telefon anda ke pintu depan rumah (bukan Di dapur rumah ye)
  • Halakan telefon anda ke jalan raya terhampir dengan pintu rumah
  • Biarkan meter itu berubah sehingga menjadi 3@4 meter sahaja (terhampir dengan tempat anda berdiri)
  • Tekan send

PERINGATAN

  • Jangan guna share your live location.. Alamatnya memang tak kan sampai la tamu/rider.

  • Pastikan anda send current location tu jika anda mahukan tamu/rider jumpa anda di situ. Kalau rumah, pastikan anda balik dulu dan ikut steps di atas.
  • Kalau di luar pun sama juga langkah-langkah nya.

Teknik-teknik ini adalah paling mudah dan paling tepat pernah saya guna. Jika tuan-tuan tahu teknik lain yang mudah boleh share sama-sama ya.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca YOY Network. Selamat mencuba!