Masalah Air Lagi di Selangor, Ustaz Ebit Lew Bergegas Beli 2 Lori Air Agih Kepada Penduduk

Sejak kebelakangan ini, masalah air di Selangor semakin menjadi-jadi dan terpaksa dihadapi oleh semua penduduk.

Terbaru, gangguab bekalan air itu kembali menghantui penduduk ditambah dengan Perintah Kawalan Pergerakkan Bersasar (PKPB) yang terpaksa mereka lalui disebabkan penularan pandemik Covid-19.

Tanpa berlengah, pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew terpanggil untuk memberikan bantuan kepada sebahagian penduduk yang terjejas akibat daripada masalah tersebut.

Menerusi perkongsian di laman Facebook, Ustaz Ebit memaklumkan telah membeli dua lori besar air untuk diagihkan kepada penduduk di Pinggiran Batu Caves, Gombak.

“Sayu hati rasa. Selangor tiada air. Saya beli air 2 lori besar untuk diagihkan. Dari 10malam kami keluar rumah uruskan sampai subuh dan sekarang masih belum selesai mengagihkan air di area pinggiran Batu Caves.

“Bila saya tengok rumah saya tiada air. Saya cepat-cepat belikan air mineral untuk anak-anak. Saya fikir macam manalah orang diluar sana sekitar pprt.

“Ya Allah. Sekali tengok orang beratur. Paling sayu pakcik makcik tua-tua nak air. Ada yang saya minta pembantu saya bantu angkatkan.

“Ada adik kecil-kecil sangat datang ambil air. Untuk masak dan minum agaknya. Ramai yang muda bantu yang tua. Pengerusi flat dan ajk semua kuat membantu bersama ajk surau.

“Ya Allah. Bantulah semua negeri-negeri yang ada masalah air permudahkanlah ya Allah. Bukalah jalan buat kami semua.


“Pohon doa yer. Ramai sangat yang minta tolong. Ada pusat dialisis dan klinik pun memerlukan. InsyaAllah doakan semuanya dimudahkan”