“Takkan sudah 30 tahun masih tidak faham bahasa Malaysia”

Bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan negara. Sebagai rakyat Malaysia kita seharusnya memahami dan memperkasakan bahasa kebangsaan kita.

Satu kisah yang dipetik dari laporan Harian Metro mengenai satu kes yang sedang berjalan di mahkamah telah mendapat perhatian ramai apabila lelaki tersebut tidak memahami pertuduhan yang dibacakan kepadanya dalam bahasa Melayu.

Takkan sudah 30 tahun masih tidak faham bahasa Melayu

“Takkan sudah 30 tahun masih tidak faham bahasa Malaysia (BM),” tegur hakim selepas penganggur yang dituduh merog*l anak tiri berdiam diri sehingga jurubahasa terpaksa membacakan pertuduhan berulang kali ketika dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, semalam.

Hakim Kamarudin Kamsun terpaksa menegur tindakan lelaki berusia 29 tahun itu apabila tertuduh dilihat terpinga-pinga dan keliru ketika pertuduhan merog*l anak tirinya yang berusia 12 tahun antara Mac hingga Jun lalu dibacakan.

Jurubahasa terpaksa berulang kali bertanya 

Ia menyebabkan jurubahasa terpaksa berulang kali bertanya sama ada dia memahami pertuduhan berkenaan selain pengakuan yang mahu dibuatnya.

Malah, hakim turut bertanya latar belakang tertuduh yang berasal dari Sabah itu namun dia terus mendiamkan diri.

Kamu berasal dari mana?

Kemudian, Kamarudin bertanya semula sama ada tertuduh memahami pertuduhan dan pengakuannya sama ada mahu mengaku atau tidak, apabila dia dilihat terus terpinga-pinga.

“Kamu berasal dari mana? Sabah kan? Faham bahasa Malaysia kan? Takkan sudah 30 tahun masih tidak faham bahasa Malaysia,” katanya.

Tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan

Tertuduh akhirnya mengaku tidak bersalah dan meminta untuk dibicarakan selepas diterangkan semula pertuduhan ke atasnya.

Tertuduh didakwa merog*l seorang kanak-kanak perempuan berusia 12 tahun yang juga anak tirinya di bilik utama sebuah rumah di Johor Bahru antara 17 Mac hingga 29 Jun lalu.

Tertuduh tidak diwakili peguam

Difahamkan, dia didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lydia Salleh manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mangsa dan ibunya masih tinggal di rumah yang sama 

Timbalan Pendakwa Raya memohon jaminan tidak diberikan ke atas tertuduh berikutan dia, mangsa dan ibunya masih tinggal di rumah sama serta dibimbangi akan mengganggu mangsa.

Hakim kemudian memerintahkan tiada jaminan akan diberikan terhadap tertuduh selepas dia terus mendiamkan diri ketika diminta membuat rayuan.

Sebutan semula kes ditetapkan pada 2 Disember depan bagi penyerahan dokumen. Semoga kisah ini menjadi contoh dan pengajaran buat kita semua.